Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA diiktiraf syarikat penerbangan terbaik dunia

Jun 21, 2023 | 12:52 PM



Syarikat penerbangan nasional, Singapore Airlines (SIA), telah diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia untuk 2023 berdasarkan tinjauan global yang melibatkan lebih 20 juta pengembara daripada lebih 100 negara.

Pada 2019, 2021 dan 2022, SIA telah menduduki tempat kedua di belakang Qatar Airways dalam ranking dunia tahunan oleh firma penyelidikan Skytrax yang berpangkalan di London, lapor The Straits Times (ST).


Tinjauan yang dijalankan antara September 2022 dengan Mei 2023 itu melibatkan lebih daripada 325 syarikat penerbangan.

Berdasarkan tinjauan itu, Qatar Airways menduduki tempat kedua, All Nippon Airways berada di tempat ketiga, manakala Emirates Airlines dan Japan Airlines masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Ini adalah kali kelima SIA dipilih sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia.

SIA juga dinobat Syarikat Penerbangan Kelas Pertama Terbaik, Kemudahan Keselesaan Kelas Pertama Terbaik dan Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia pada majlis Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023, yang diadakan pada Selasa di Pertunjukan Udara Paris.

Scoot, cabang penerbangan bajet SIA, pula telah dinamakan syarikat penerbangan terbaik bagi penerbangan jarak jauh dengan tambang rendah, dan menduduki tempat kedua dalam kategori syarikat penerbangan tambang rendah terbaik.

Ketua Eksekutif SIA, Encik Goh Choon Phong, yang berada di Paris untuk menerima anugerah utama itu, berkata anugerah itu adalah bukti kerja keras dan pengorbanan yang dilakukan oleh pekerja syarikat semasa pandemik Covid-19.

Kerja keras tersebut memastikan SIA bersedia menghadapi pemulihan perjalanan udara selepas sekatan sempadan dimansuh, dan ia membolehkan syarikat itu muncul “lebih kuat dan cergas”, katanya dalam satu kenyataan.

Pada Mei, SIA dan Scoot mengendalikan sebanyak 2.8 juta penumpang – peningkatan tahunan sebanyak 65.8 peratus.

Faktor muatan penumpang SIA – yang mengukur peratusan tempat duduk yang penuh – kekal menghampiri rekod tertinggi, mencapai 88 peratus untuk bulan itu.

Bagi tahun kewangan 2022/2023, syarikat penerbangan itu mencatatkan rekod hasil dan keuntungan, dengan keuntungan bersih sebanyak $2.16 bilion.

Setahun sebelumnya, ia telah mencatatkan kerugian sebanyak $962 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >