Lebih dua juta umat Islam berkumpul di padang Arafah atau Jabal Rahmah untuk berwuquf pada Selasa.
Wuquf merupakan kemuncak haji, yang mana ia menjadi salah satu rukun haji yang mesti dilakukan kesemua jemaah haji.
Jika tidak mengerjakan wuquf di Arafah, ia bersamaan dengan tidak mengerjakan haji.
Berita Harian (BH) meninjau keadaan jemaah haji Singapura semasa berwuquf di sana.