PENUMPANG bas dan kereta api akan menikmati pengurangan tambang sebanyak 4.2 peratus secara keseluruhan bermula 30 Disember ini, umum Majlis Pengangkutan Awam (PTC) semalam.
Pengguna dewasa yang menggunakan kad perjalanan akan dapat menjimatkan antara satu sen dengan 27 sen bagi setiap perjalanan. Tambang warga emas juga akan turun satu sen hingga tujuh sen, manakala tambang pelajar berkurang satu sen.