Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terlanjur hantar anak belajar silat, 'bapa aktif' ikut berlatih juga

Sep 19, 2022 | 05:30 AM



PADA mulanya, Encik Muhammad Fazely Sulaiman cuma memasukkan anak sulungnya, Muhammad Syah Adam, ke dalam kumpulan silat Sendeng Sekilas.



Setiap kali anaknya itu ada latihan, beliau akan berada tepi di gelanggang - dari awal hingga akhir - kerana beliau sendiri tertarik untuk mengikutinya.



Setelah dua atau tiga kali menemani anaknya, Encik Fazely ditawarkan turut serta sebagai pelajar dewasa, dan tanpa berlengah, beliau menerima tawaran itu.



Kini anak keduanya dan isterinya juga belajar silat di tempat yang sama, dengan Encik Fazely pula membantu jurulatih mengajar.



Seni silat itu menjadi cara keluarga Encik Fazely mengeratkan hubungan sambil menjalani gaya hidup sihat.



"Saya memang meminati silat sejak muda dan pernah belajar silat ketika remaja dahulu selama dua atau tiga tahun.



"Apabila saya ada anak-anak sendiri, saya memang merancang menghantar mereka belajar seni mempertahankan diri ini juga kerana ada banyak manfaatnya, seperti nilai-nilai murni yang diajar seperti disiplin dan tanggungjawab," kata bapa tiga anak lelaki itu.



Beliau ditemui di Pameran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) yang dianjurkan sempena Bulan Kebapaan - satu daya usaha oleh Pusat Kebapaan (CFF) dan Bapa Sepanjang Hayat (BSH) yang bertujuan menggalak kebapaan aktif dalam kalangan bapa Melayu/Islam menerusi pelbagai kegiatan fizikal dan dalam talian sepanjang bulan ini.



"Apabila saya diajak untuk turut serta dan belajar, saya melihatnya sebagai cara untuk anak saya menjadi lebih terdorong melihat bapanya pun berlatih sama.



"Lama-kelamaan, saya dan anak saya menjadi lebih aktif dalam latihan dan persembahan silat.



"Isteri saya pun jadi berminat dalam seni ini sebagai cara untuknya kekal aktif dan menjaga kesihatan. Anak kedua saya pula turut serta tahun ini pada usia enam tahun," tambah Encik Fazely.



Penolong program berusia 36 tahun itu meletakkan sasaran untuk anak-anaknya bertanding dan mewakili Singapura dalam seni silat kelak.



Bagi dirinya sendiri pula, Encik Fazely merancang untuk terus belajar dan mendalami pengetahuan dalam seni mempertahankan diri itu sejauh mungkin.



Baginya, latihan silat sekali seminggu pada Jumaat malam itu adalah kegiatan yang baik untuk beliau lakukan bersama keluarganya selain daripada keluar berjalan, membeli-belah atau makan bersama.



"Anak-anak saya juga akan mempunyai pemikiran bahawa mereka datang daripada keluarga pesilat dan ini akan memberi mereka dorongan.



"Semasa berlatih, saya ajar mereka sama seperti saya ajar pelajar lain. Di rumah pun kami berlatih. Kami juga berlari anak bersama-sama. Itu satu kelebihan untuk anak-anak saya memandangkan saya pun terlibat sama dalam kegiatan ini," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >