Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita maut dilanggar beberapa kenderaan

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



WANITA yang maut dalam satu kemalangan di Ang Mo Kio Isnin lalu telah dilanggar beberapa kenderaan, termasuk sebuah bas Tower Transit dan sebuah teksi Trans-Cab.



Pemandu bas lelaki berusia 53 tahun telah ditahan kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian, kata polis semalam.



Polis sebelum itu berkata kemalangan itu melibatkan seorang pejalan kaki dan teksi, tetapi siasatan menunjukkan beberapa kenderaan sebenarnya terlibat, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Kemalangan itu berlaku sekitar 10.25 malam Isnin lalu di Ang Mo Kio Street 21.



Wanita berusia 61 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Walaupun beberapa kenderaan terlibat, hanya pemandu Trans-Cab berada di lokasi.



Pemandu teksi lelaki berusia 67 tahun itu dan seorang lagi lelaki berusia 58 tahun, yang memandu kereta privet, kini membantu dalam siasatan polis.



Akhbar berbahasa Cina Shin Min Daily News melaporkan bahawa mangsa telah diseret jauh selepas dilanggar.



Darah dilihat sekitar 20 meter dari khemah polis yang menutupi mayatnya pada malam Isnin.



Teksi itu dipercayai melanggar wanita tersebut dan terus bergerak sebelum pemandu itu membuat pusingan U apabila menyedari dia telah melanggar seseorang.



Pemandu teksi itu dilihat dalam keadaan tertekan di tempat kejadian, dan ahli keluarganya terpaksa dipanggil ke lokasi untuk menenangkannya.



Penyiasat kemudian menjejaki pemandu lain, membawa kepada penahanan pemandu bas di lokasi lain.



Jurucakap Tower Transit mengesahkan bahawa salah satu basnya yang menggunakan laluan perkhidmatan bas 169 terlibat dalam kemalangan itu.



"Kapten bas terbabit telah digantung tugas dan sedang membantu siasatan polis," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >