Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura terus buru hartanah JB

Jumlah pembelian di seberang Tambak belum capai tahap sebelum pandemik
Jun 11, 2023 | 05:30 AM



Jumlah warga Singapura yang kini ‘memburu’ hartanah di seberang Tambak kian meningkat berbanding 2022 susulan pembukaan sempadan.

Agensi serta ejen hartanah di Johor Bahru (JB) dan Singapura memberitahu Berita Minggu (BM) jumlah pertanyaan yang diterima dari warga Singapura berkaitan hartanah kediaman di Johor Bahru (JB) kian meningkat, dengan ada yang melaporkan lonjakan 20 peratus pada lima bulan pertama 2023 berbanding tempoh sama 2022.


Minat tersebut dijangka terus meningkat, namun jumlah transaksi melibatkan warga Singapura masih belum mencecah tahap prapandemik, kata mereka.

Untuk kembali ke tahap tersebut memerlukan tempoh sekurangnya dua hingga tiga tahun, menurut Encik Muhammad Rizal Ahmad, pemilik syarikat konsultan hartanah Neo Management yang beroperasi di kawasan Pusat Perniagaan Uda di Johor Bahru.

Menurut pengamatannya, jumlah transaksi dari warga Singapura masih belum mencecah separuh daripada transaksi yang dicatatkan sekitar 2018 dan 2019, kata Encik Muhammad Rizal yang berpengalaman lebih 17 tahun dalam bidang hartanah.

“Jumlah transaksi memang akan ‘pick up’ selepas ini, tetapi ia akan berlaku secara perlahan kerana warga Singapura masih teragak-agak, takut perkara yang sama berlaku seperti tempoh pandemik lalu,” ujarnya, merujuk kepada tempoh sekatan di mana warga kededua negara dilarang merentas sempadan.

Meskipun demikian, jumlah pertanyaan dari warga Singapura mengenai hartanah di JB kian meningkat menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan hartanah Juwai IQI Holdings, Encik Kashif Ansari.

Selain sempadan yang kini dibuka, ia juga terdorong oleh perkembangan terkini seperti pembinaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura yang bakal memudahkan perjalanan antara kededua negara itu.

RTS Link, perkhidmatan ulang-alik sepanjang empat kilometer antara Singapura di stesen Woodlands North dan Malaysia di stesen Bukit Chagar dengan jangkaan kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam itu dijangka menaikkan lagi nilai hartanah di kawasan tersebut dan menarik minat warga Singapura, katanya kepada BM.

“Pertanyaan daripada pembeli warga Singapura mengenai hartanah JB pada Mac 2023 20 peratus lebih tinggi berbanding Disember 2022.

“Kami percaya jumlah ini akan terus meningkat kukuh semasa tempoh baki tahun ini. Dua faktor yang mendorong peningkatan ini adalah: kadar pertukaran wang dan juga keterhubungan dari segi pengangkutan antara kededua negara,” ujarnya.

Encik Ansari turut berkongsi beliau mendapati jumlah warga Singapura yang ingin menjual hartanah mereka di JB semakin berkurangan berbanding tempoh sekatan gerakan sebelum ini.

Pengarah Divisyen Kumpulan Penasihat ERA Realty, Encik Muhd Syafiq Mohd Esa, atau lebih dikenali sebagai Syafiq Focus memberitahu BM meskipun minat terhadap hartanah di JB mungkin akan mencapai tahap prapandemik sebelum ini dalam masa terdekat, ia tetap lebih rendah – hanya sekitar 10 peratus –berbanding lebih sedekad lalu.

Ini merupakan gabungan beberapa faktor termasuk tahap keselamatan serta pulangan yang tidak seperti dijangkakan, ujarnya.

Tambahnya: “Ramai juga yang melihat rumah keluarga serta teman mereka yang terbengkalai semasa tempoh pandemik, dan ini membuat mereka berasa ragu-ragu dan terfikir bagaimana kalau perkara tersebut berlaku lagi pada masa akan datang.”

Antara hartanah JB yang masih dipasarkan ERA Realty termasuk Puteri Cove Residence di Puteri Harbour dan menurut Encik Syafiq, sejak sempadan dibuka transaksi dari warga Singapura bagi hartanah tersebut agak rendah.

Pada 2014, penjualan hartanah tersebut pernah mencecah sekitar 300 unit sehari. 

Encik Syafiq menambah bahawa pemilihan jenis hartanah oleh warga Singapura biasanya berdasarkan beberapa faktor termasuk lokasi, tahap keselamatan serta saiz.

“Kalau rumah privet, pembeli Singapura akan pertimbang tahap keselamatan kawasan tersebut. Yang pasti ia perlu berpagar lengkap dengan pegawai keselamatan. Ini sesuatu yang ‘wajib’,” ujar Encik Syafiq.

Rumah teres dan kondominium biasanya menjadi pilihan warga Singapura, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cityhomes, Encik Mohd Amin Mohd Zain.

Tambahnya, antara kawasan JB yang popular di kalangan pembeli warga Singapura termasuk kawasan Medini, Bukit Indah, Bandar Dato’ Onn dan Setia Tropika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >