Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warong Pak Sapari Adam Road buka cawangan baru di Lau Pa Sat, lagi dua cawangan jelang hujung tahun

Oct 24, 2023 | 07:14 PM



Pelanggan di kawasan pusat bandar (CBD) kini boleh menikmati masakan mi soto dan mi rebus popular dari Pusat Makanan Adam Road, selepas jenama yang pernah diiktiraf Michelin Bib Gourmand, Selamat Datang Warong Pak Sapari, membuka cawangan keduanya di Lau Pa Sat pada Isnin.


Gerai baru itu adalah satu daripada tiga cawangan baru yang dirancang dibuka menjelang hujung 2023 di sini, kata pemiliknya, Encik Sumadi Sapari kepada Berita Harian (BH).


Selain hidangan yang sering disajikan di Adam Road, pelanggan juga boleh mencuba satu ciptaan sajian baru yang dipanggil Nasi Soto di gerai tersebut, iaitu nasi bercampur kuah soto, termasuk pilihan beraneka jenis daging seperti ayam bakar, udang goreng dan sate babat.

Ketika dihubungi BH, Encik Sumadi berkata kedai barunya itu yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan Singapura itu, merupakan hasil kerja keras selama sekitar setahun dan adalah sebahagian rancangan mengembangkan perniagaannya di Singapura.

“Teringin juga kami memajukan makanan warisan Melayu yang disesuaikan dengan generasi semasa,” kata Encik Sumadi, 55 tahun.

Beliau menambah di Lau Pa Sat, sambutannya agak meriah.

Berdasarkan penilaian awalnya, pada hari bekerja, ia sibuk dengan pekerja dari pejabat di daerah CBD itu dan pada hujung minggu pula ia sering dilanggani ramai pelancong.

“Jadi kami perlu lakarkan cara untuk menarik pelanggan dengan menu yang dikemas kini sedikit,” katanya lagi.







Harga makanan bermula dari sekitar $5 bagi masakan menu klasik seperti mi soto dan mi rebus asli serta soto ayam yang disajikan dengan lontong.

Harga sajian baru Nasi Soto – iaitu nasi bercampur kuah mi soto – bermula dengan harga $6.90 termasuk ayam goreng.

Pelanggan boleh memilih sajian mi soto, mi rebus dan Nasi Soto, diikuti pilihan beraneka jenis daging seperti ayam goreng, ayam bakar, daging, sate daging tetel, sate babat dan lain-lain lagi.

Encik Sumadi berkata beliau telah berbelanja sekurang-kurangnya $50,000 untuk menyiapkan gerai baharu itu termasuk kos perkakas dan kerja ubah elok.

Beliau berkata antara kelebihan kedai barunya di Lau Pa Sat adalah ruang masak yang lebih luas yang membolehkannya mencuba resipi baharu.

Sejak sekian lamanya, beliau teringin mencuba hidangan baru selain sajian Melayu yang sering dijual di Adam Road, katanya.

“Selalunya kalau bab makanan Melayu, ia melibatkan nasi ayam, nasi lemak. Ini saya pernah cuba di CIMB Plaza dengan kawan-kawan saya,” katanya merujuk kepada cawangan Adam Road Mee Soto yang dimiliki bersama dengan beberapa teman lain dan menjual beraneka mi soto dan nasi lemak.







Gerai asal, Selamat Datang Warong Pak Sapari di Adam Road yang pernah tersenarai sebagai antara 79 premis makanan Michelin Bib Gourmand di Singapura, buat masa kini ditutup sehingga 31 Disember bagi kerja naik taraf di pusat penjaja itu.

Tanpa ‘mengambil cuti’, Encik Sumadi berkata beliau telah sibuk membuat perancangan bersama ahli keluarganya lain bagi meluaskan perniagaannya itu.

Terdahulu, sebelum gerainya di Adam Road itu ditutup pada awal Oktober, Encik Sumadi berkata pihaknya perlu peka menguruskan simpanan sambil memikirkan tentang masa depan perniagaan mereka untuk terus bertahan.

“Dari 1973 hingga sekarang sudah empat kali (Pusat Makanan) Adam Road diubah suai setahu saya,” kata Encik Sumadi.

“Sebagai penjaja, banyak yang kami harus hadapi... kerja naik taraf, pandemik, peralihan ke pasaran digital, dan lain-lain.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >