Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Abam bomba’ Tampines buat tarian ‘Fireball’, undang orang awam ke rumah terbuka 10 Feb

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Abam bomba’ Tampines buat tarian ‘Fireball’, undang orang awam ke rumah terbuka 10 Feb

Feb 08, 2024 | 05:54 PM



Sedang ramai penduduk di sini menikmati cuti panjang hujung minggu sempena Tahun Baru Cina, jangan pula kami lupakan pegawai beruniform yang berkorban demi negara.

Bahkan, sebilangan ‘abam-abam’ dan kakak Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di Balai Bomba Tampines, dengan penuh semangat, sanggup membuat tarian istimewa bagi mengundang orang ramai datang ke acara rumah terbuka mereka pada 10 Februari ini.

Ini ditunjukkan dalam satu video dimuat naik di TikTok oleh SCDF baru-baru ini yang telah mencatatkan lebih 277,000 tontonan.

Dalam video itu, beberapa pegawai kelihatan berpakaian sedondon baju bomba dan sut bahan berbahaya (Hazmat) membuat tarian serentak mengikut irama lagu Fireball nyanyian ‘rapper’ dari Amerika Syarikat, Pitbull di depan sebuah kereta bomba.


Lagu tersebut menjadi trend di TikTok sejak lewat 2023.

Video itu turut memaparkan kenyataan “apabila Sabtu semakin dekat, dan anda tidak sabar menghadiri rumah terbuka balai bomba,” merujuk kepada keghairahan pegawai diberi peluang mendekati orang awam dalam acara hujung minggu itu.

Tarian berlangsung 19 saat itu berakhir apabila pegawai kelihatan membuat aksi ‘menarik tali’ diikuti robot SCDF dipanggil Mesin Melawan Api Pumper (PFM) yang menuju ke arah mereka seolah pegawai tersebut sedang menarik robot itu.

SCDF dalam kenyataan susulan video itu berkata:

“Tiada rancangan hujung minggu ini? Datanglah ke rumah terbuka balai bomba mingguan kami... dan temui pegawai yang sedang bertugas.”




@myscdf

fireball?🔥 no fear! 👨‍🚒 No plans this weekend? Come on down to our weekly fire station open house every Saturday (9am - 11am) and meet our on-duty personnel! Find out more at go.gov.sg/firestationvisit #mySCDF #fireballchallenge

♬ Fireball Challenge - 🕺🏼Hoodie fam🌏



Acara rumah terbuka balai bomba SCDF diadakan setiap hari Sabtu di beberapa balai terpilih yang menawarkan dua sesi lawatan dari 9 hingga 9.50 pagi atau 10 hingga 10.50 pagi.

Antara lain, acara tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap tugas pegawai bomba dan paramedik SCDF dan menawarkan sesi latihan kemahiran cemas.

Khusus bagi hujung minggu 10 dan 11 Februari ini merupakan tempoh sambutan Tahun Baru Cina, diikuti dengan satu lagi hari cuti umum pada Isnin selanjutnya, membuatnya tempoh cuti hujung minggu panjang bagi penduduk di sini.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) mengenai video itu, SCDF berkata tiga pegawai daripada pasukan media sosial Balai Bomba Tampines telah menerbitkannya bagi mendekati orang umum dengan menyertai trend yang popular di TikTok.


Mereka terdiri daripada Pegawai Waran 1 (WO1) Nursyahrin Md Yunan, 32 tahun, Lans Koperal (LCP) Faris Azhari Ridzuan, 20 tahun, dan Sarjan 2 (SGT2) Valerie Lim Lanza, 23 tahun.

WO1 Nursyahrin berkata beliau mengambil sekitar 15 minit untuk merancang pergerakan tarian itu bersama rakan kerjanya serta robot PFM itu untuk memastikan tarian mereka kelihatan teratur dan serentak.

Apabila ditanya wartawan mengenai pengorbanan pegawainya pada cuti hujung minggu panjang ini, WO1 Nursyahrin berkata:

“Meskipun orang lain akan sibuk menikmati musim perayaan ini, kami tahu bahawa kerja kami ini memberi kesan yang besar terhadap kehidupan orang ramai di sini, dan itu merupakan satu galakan bagi kami untuk terus berusaha tidak kira apa musimnya.”

Beliau, seorang bapa dua anak menambah: “Kami tahu kerja kami itu sangat penting demi negara ini dan kami juga sedar bahawa ia penting bagi kami sentiasa bersedia untuk bertindak apabila terjadinya satu kecemasan.

“Sudah tentu kami rasa sangat bangga berkhidmat dalam SCDF dengan setiap pegawai mengongsi matlamat yang sama bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara kami,” kata pegawai berpengalaman 11 tahun itu.

Reaksi warga net terhadap video itu juga kelihatan positif dengan beberapa pengguna berkata kunjungan ke acara rumah terbuka balai bomba merupakan pengalaman yang bermanfaat dan menarik bagi keluarga yang mempunyai anak.

SCDF dalam kenyataannya kepada BH juga mengingatkan orang ramai supaya kekal berwaspada dan berhati-hati apabila mengendali api sempena musim perayaan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >