Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Didik kanak-kanak tentang kehormatan diri melalui aplikasi permainan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Didik kanak-kanak tentang kehormatan diri melalui aplikasi permainan

Feb 29, 2024 | 08:54 PM



Satu aplikasi permainan mudah alih baru bertujuan mendidik, meningkatkan kesedaran serta pengetahuan kanak-kanak tentang kehormatan diri dan langkah melindungi diri daripada menjadi mangsa serangan seksual telah dilancarkan.

Dilakukan atas daya usaha Pave dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Pave ialah pertubuhan bukan pemerintah yang beri tumpuan kepada pencegahan keganasan keluarga, perlindungan kanak-kanak dan penderaan seksual,

Permainan ini, yang sesuai untuk kanak-kanak berusia empat hingga sembilan tahun, mempunyai tiga tema penting.

Pertama, ia meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kanak-kanak untuk mengenal pasti bahagian tubuh badan yang sulit dan menegaskan kehormatan diri mereka.

Kedua, ia melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keyakinan untuk mengatakan “tidak” secara tegas dan menjauhkan diri mereka daripada keadaan yang tidak selesa atau tidak selamat.

Ketiga, membantu kanak-kanak mengenal pasti orang dewasa yang boleh dipercayai supaya boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan.

Permainan tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik, ciri multimedia interaktif dan watak daripada video ‘Garden of Safety’ yang menggalakkan pengguna memulakan perbualan yang bermakna dengan ibu bapa, guru atau pengasuh kanak-kanak mereka.

Aplikasi itu akan dipandu oleh kumpulan pemegang kepentingan terpilih sebelum tersedia untuk dimuat turun pada peranti mudah alih Android dan iOS menjelang Jun 2024.

Aplikasi itu telah diumumkan oleh mantan Presiden yang juga Canselor SUSS, Puan Halimah Yacob, pada majlis makan malam ulang tahun ke-25 Pave di Conrad Centennial Singapura pada 29 Februari.

Ini berikutan pelancaran video ‘Garden of Safety’ yang mempunyai objektif sama dengan permainan tersebut.

Berucap semasa pelancaran aplikasi tersebut Presiden Pave, Dr Serene Ng, berkata:

“Hari ini menandakan detik penting untuk Pave kerana kami memperingati pencapaian dan dedikasi teguh kami untuk membentuk masyarakat yang bebas daripada cengkaman penderaan.”

Beliau menambah:

“Misi kami adalah untuk terus memperkasakan setiap individu, memupuk masa depan yang penuh dengan harapan dan janji.”

Sejak pertubuhan Pave 25 tahun lalu, ia telah berada di barisan hadapan dalam menangani keganasan keluarga di Singapura.

Sepanjang 25 tahun, Pave telah berkhidmat tanpa jemu dengan membantu lebih daripada 37,000 benefisiari, membimbing individu dan keluarga ke arah penyembuhan dan masa depan yang penuh dengan harapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >