Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hampir 6 dari 10 lepasan universiti swasta peroleh kerja sepenuh masa tetapi gaji lebih rendah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 6 dari 10 lepasan universiti swasta peroleh kerja sepenuh masa tetapi gaji lebih rendah

Dapatan tinjauan Pekerjaan Siswazah Institusi Pendidikan Swasta terkini yang dikeluarkan SkillsFuture S’pore
Apr 25, 2024 | 07:37 PM



Hampir enam daripada 10 siswazah dari universiti swasta di sini mendapat pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, meskipun gaji mereka masih tidak setara berbanding lulusan universiti berautonomi.

Tinjauan Pekerjaan Siswazah Institusi Pendidikan Swasta terkini, yang dikeluarkan oleh SkillsFuture Singapore pada 25 April, menunjukkan 58.7 peratus siswazah daripada institusi swasta pada 2023 peroleh pekerjaan tetap sepenuh masa, berbanding 60.9 peratus pada 2022.

Kadar siswazah yang mendapat kerja sambilan atau sementara menurun (18.9 peratus, merosot daripada 20.5 peratus pada 2022), tetapi lebih ramai yang melakukan kerja bebas (5.7 peratus, meningkat daripada 5.1 peratus pada 2022).

Secara keseluruhan, daripada 2,400 siswazah yang aktif dari segi ekonomi – mereka yang bekerja, atau tidak bekerja tetapi sedang mencari pekerjaan secara aktif – yang ditinjau, sekitar 83.2 peratus mendapat pekerjaan tetap, bebas atau sambilan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, turun daripada 86.5 peratus pada 2022.

Gaji bulanan kasar median untuk kohort 2023 meningkat daripada 2022, dengan siswazah universiti swasta dalam jawatan sepenuh masa memperoleh gaji sebanyak $3,400, meningkat daripada $3,200 pada 2022.

Siswazah dari Institut Pengurusan Singapura (SIM) memperoleh pendapatan paling tinggi, dengan median gaji kasar bulanan $3,500, manakala graduan dari Akademi Pendidikan Tinggi Kaplan menerima $3,000.

Gaji kasar bulanan rata-rata siswazah dari beberapa institusi lain seperti Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu Parkway dan Kolej Pengajian Tinggi Raffles, tidak didedahkan disebabkan saiz sampel kecil responden dalam pekerjaan tetap sepenuh masa.

Siswazah baru dari universiti berautonomi seperti Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) bermula dengan gaji bulanan median $4,313, menurut tinjauan pekerjaan kumpulan siswazah universiti autonomi 2023, yang dikeluarkan pada 22 Februari.

Sekitar 84.1 peratus siswazah dari universiti berautonomi memperoleh pekerjaan tetap sepenuh masa dalam tempoh enam bulan, dengan 4 peratus melakukan kerja sambilan atau sementara, dan 1.5 peratus lagi melakukan pekerjaan bebas.

Sementara itu, graduan politeknik pasca perkhidmatan negara (pasca NS) bermula dengan gaji bulanan median $2,963, meningkat daripada $2,800 pada 2022.

Dalam kalangan graduan dan siswazah yang tamat pengajian pada 2023 daripada institusi swasta, 19.4 peratus di kalangan mereka tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan, atau bekerja sambilan atau sementara secara sukarela.

Sekitar 40.8 peratus daripada seramai 9,100 lepasan universiti baru di peringkat ijazah sarjana muda sepenuh masa dari 26 institusi swasta telah mengambil bahagian dalam tinjauan itu.

Tinjauan ini memberi tumpuan kepada hasil pekerjaan siswazah aktif dari segi ekonomi daripada program ijazah luar peringkat sarjana muda sepenuh masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >