Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hospital baru di Bedok bakal mula ‘wad maya’ pada 2026, sebelum siap 2030

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital baru di Bedok bakal mula ‘wad maya’ pada 2026, sebelum siap 2030

Kampus Hospital Besar Timur (EGH), yang diurus SingHealth merangkumi Hospital Masyarakat Timur (ECH), akan siap tangani pandemik, dilengkapi teknologi digital
Apr 20, 2024 | 05:48 PM



Hospital baru yang sedang dibina di Bedok North dijangka mula beroperasi dengan ‘wad maya’ sekitar 2026, sebelum ia dijadual dibuka sekitar 2030.

Berucap di majlis pelancaran pembinaan Kampus Hospital Besar Timur (EGH) pada 20 April, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata kampus itu akan mempunyai sekitar 1,400 katil apabila ia dibuka sepenuhnya.

Dengan adanya teleperubatan dan teknologi perubatan, EGH boleh mengendali ‘wad maya’, menjadikannya hospital besar pertama yang berupaya menawarkan khidmat sebelum bangunannya siap secara fizikal, ujar Encik Ong.

Sebelum siap secara fizikal, EGH akan bertempat di hospital SingHealth lain, seperti Hospital Besar Changi (CGH).

“Sementara mereka tidak mempunyai hospital fizikal, mereka boleh bertempat di CGH, menggunakan tele-konsultasi, mengadakan pemantauan jarak jauh serta mendekati masyarakat dan pesakit di rumah untuk memberikan penjagaan,” kata Encik Ong.

Pada 2020, pemerintah mengumumkan pembinaan hospital bersepadu baru yang akan dibina di sebelah stesen MRT Bedok North, bagi meringankan beban di CGH dan memenuhi keperluan penduduk menua.

Ini sedang CGH menghadapi cabaran kapasiti dalam memenuhi keperluan meningkat penjagaan kesihatan penduduk di daerah Timur.

CGH sedang meningkatkan kapasiti Jabatan Kecemasan dan jumlah katilnya dalam beberapa tahun akan datang.

Kampus EGH, yang diuruskan oleh SingHealth, merangkumi Hospital Masyarakat Timur (ECH) yang akan memenuhi keperluan penjagaan berterusan dan pemulihan, termasuk program khusus untuk pelbagai keadaan perubatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan EGH, Profesor Lee Chien Earn, berkata Kampus Hospital Besar Timur akan menyediakan penjagaan menyeluruh bagi memenuhi keperluan penduduk menua, serta berfungsi sebagai jaringan keselamatan untuk penduduk.

“Kami membayangkan EGH sebagai hospital ‘tanpa dinding’, menggalakkan pemulihan di rumah penduduk dengan menyokong masyarakat,” tambahnya, sambil berkongsi tentang kerjasama dengan rakan kerja penjagaan untuk menggalakkan pengurusan kesihatan yang proaktif.

Kampus EGH akan mengambil pendekatan yang menggabungkan aspek fizikal dan digital dalam penjagaan kesihatan bagi meningkatkan produktiviti dan hasil bagi pesakit, ujar Profesor Lee.

Selain itu, EGH akan menjadi hospital yang lebih bersiap sedia menangani pandemik, dengan proses perancangan dan reka bentuk yang mengambil kira pengalaman Covid-19, kata Encik Ong.

“Pasukan itu telah mereka bentuk EGH supaya mempunyai wad yang boleh ditukar dengan cepat bagi tujuan pengasingan, dan demi menampung permintaan mendadak bagi katil.

“Terdapat fleksibiliti untuk mengasingkan ruang kerja dengan cepat, bagi menyokong pengaturan kerja baru semasa pandemik, tanpa pengubahsuaian besar pada prasarana bangunan,” ujar Encik Ong.

EGH juga akan dilengkapkan dengan teknologi, prasarana teknologi maklumat (IT) dan kakitangan terlatih bagi khidmat teleperubatan.

“Sebagai contoh, semasa telekonsultasi, doktor boleh bertanya sama ada pesakit melakukan senaman mereka tetapi tidak dapat mengesahkan apa yang pesakit katakan.

“Justeru, pasukan EGH sedang berusaha membangunkan alat penderia yang boleh dipakai pesakit untuk memantau dari jauh berapa kerap dan tepat senaman yang ditetapkan. Itu akan menjadikan telekonsultasi lebih berkesan,” kata Encik Ong.

Pada Mac 2024, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan kini terdapat lebih 11,000 katil di hospital awam, dan MOH akan meningkatkan kapasiti hospital sebanyak 4,000 katil hingga 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >