Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

ICA: Trafik dijangka sesak di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas dari 28 Mac hingga 14 April

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA: Trafik dijangka sesak di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas dari 28 Mac hingga 14 April

Mar 25, 2024 | 05:06 PM



Trafik dijangka sangat sesak di kededua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas antara 28 Mac dan 14 April sempena sambutan Good Friday, Festival Qing Ming dan Hari Raya Puasa pada tempoh itu, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada 25 Mac.

Good Friday jatuh pada 29 Mac, Festival Qing Ming pada 4 April dan Hari Raya Puasa pada 10 April di Singapura.

Pelawat dinasihatkan mengambil kira waktu menunggu tambahan, mematuhi undang-undang trafik, ikuti laluan kenderaan dan bekerjasama dengan pegawai-pegawai di pusat pemeriksaan, kata ICA. Ia juga menasihatkan pelawat supaya memastikan pasport mereka mempunyai baki sah selamat sekurang-kurangnya enam bulan.

Pelawat juga diingatkan supaya tidak membawa barang-barang terkawal atau larangan ke Singapura.

Pihak penguasa menambah bahawa jumlah pelawat di kededua pusat pemeriksaan darat telah meningkat sejak sempadan dibuka semula selepas pandemik Covid-19 dan “jauh melampaui jumlah sebelum Covid”.

Melebihi 5.1 juta pelawat melepasi kededua pusat pemeriksaan darat semasa cuti sekolah antara 8-18 Mac, ICA juga telah mencatatkan jumlah pelawat paling tinggi – hampir setengah juta orang – melepasi kededua pusat pemeriksaan pada 15 Mac.

Sewaktu tempoh puncak, pelawat yang berlepas dengan kereta menunggu sehingga tiga jam sebelum mereka melepasi pusat pemeriksaan, akibat kesesakan trafik dari Malaysia, kata ICA.

Pelawat dalam kereta kini boleh melepasi imigrasi di pusat pemeriksaan darat, Tuas dan Woodlands, dengan lebih cepat dengan menggunakan sistem kod QR.

Inisiatif itu, yang bermula pada 19 Mac, membolehkan pelepasan imigresen pelawat tanpa menunjukkan pasport.

Kod QR boleh digunakan untuk melepasi pelawat individu atau berkumpulan sehingga 10 orang dalam sebuah kenderaan yang sama.

Pelawat perlu muat turun aplikasi telefon bijak, MyICA, dan mengisi butiran pasport mereka lebih dahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >