Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Isteri jutawan, Forrest Li, beli banglo mewah dekat Taman Bunga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isteri jutawan, Forrest Li, beli banglo mewah dekat Taman Bunga

Apr 23, 2024 | 06:44 PM



Isteri kepada jutawan teknologi bertaraf bilionair, Encik Forrest Li, bersedia membeli sebuah rumah besar di salah satu kawasan kediaman idaman ramai di Singapura, walaupun dengan pasaran hartanah mewah yang agak suram sekarang.

Cik Ma Liqian pada April memfailkan Opsyen Untuk Membeli (OTP) sebuah banglo kelas baik (GCB) tersebut di Gallop Road pada harga $42.5 juta.

Rumah mewah tersebut terletak di atas sebidang tanah seluas 1,552 meter persegi.

Encik Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sea Limited, syarikat induk Shopee, sudah pun memiliki sebidang tanah seluas 1,403 meter persegi bersebelahan rumah mewah tersebut dan berhampiran Taman Bunga Singapura, yang merupakan Tapak Warisan Dunia, lapor The Straits Times (ST).


Beliau memperoleh tanah tersebut pada 2019, menurut rekod hartanah.

Jurucakap Sea enggan mengulas berhubung perkara tersebut.

GCB mempunyai nilai tinggi kerana banglo sedemikian jarang ada di Singapura dan saiznya yang luas.

Sektor banglo mewah di sini reda selepas kes skandal pengubahan wang haram terbesar Singapura baru-baru ini, selain kadar faedah yang masih tinggi.

Penjualan rumah mewah tersebut oleh seseorang yang mengguna nama keluarga “Ku”, menambah kepada sebilangan kecil transaksi jual beli banglo mewah baru-baru ini.

Ini termasuk penjualan sebuah hartanah di Cornwall Gardens berharga $36 juta dan satu lagi rumah mewah di Ford Avenue yang dibeli pada harga $39.5 juta oleh keturunan keluarga Wee, dinasti perbankan terkaya di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >