Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kepercayaan pelanggan jadi dorongan utama PI

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepercayaan pelanggan jadi dorongan utama PI

Jan 26, 2024 | 06:31 PM



Encik Mohamad Haja Mohamed Nasar mengambil masa enam bulan untuk mempelajari asas dan selok-belok siasatan.

Pengarah operasi International Investigators Pte Ltd yang telah menjadi penyiasat peribadi (PI) berlesen selama lebih 10 tahun itu menjelaskan kepuasan selepas menyelesaikan sesebuah kes menjadi pendorong baginya terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Encik Haja, 35 tahun, berkata: “Asas dalam bidang ini tidak lain adalah berkenaan tanggungjawab. Seseorang telah meletakkan kepercayaan kepada anda dalam keadaan mereka benar-benar ingin tahu apa yang berlaku (dan inginkan jawapan).

“Kemahiran yang diperoleh dalam bidang ini juga perlu dipelajari secara amali dan tidak boleh dipelajari dengan membaca buku semata-mata.

“Ini kerana sebagai PI, kami harus berada di lokasi untuk saksikan sendiri dan sahkan maklumat atau bukti yang kami dapat.”

Menurut beliau, kos bagi mendapatkan khidmat PI bergantung pada tempoh dan kesukaran sesuatu kes – pakej paling pendek yang ditawarkan syarikatnya adalah selama 10 jam dengan harga asas $1,500.

Beliau berkongsi bahawa apabila mula terlibat sebagai PI pada 2011, beliau ditugaskan mengekori seorang lelaki kacukan Inggeris.

Encik Haja tidak memberikan perincian tentang kes tersebut tetapi akur apabila kes itu terungkai, ia mencetuskan perasaan bangga.

“Saya rasa ia satu pencapaian buat diri saya. Ada kes yang agak mudah, ada kes yang sukar, jadi ini semua saya belajar daripada pengalaman,” ujarnya.

Apabila ditanya bagaimana beliau mengimbangi aspek emosi ketika menyiasat, beliau berkata penting untuk tidak melulu dan melaporkan apa yang berlaku “tanpa menokok tambah”.

Menurut Encik Haja lagi, beliau sangat menitikberatkan hal demikian kerana ada kalanya, pelanggan meminta beliau melakukan perkara tertentu yang “di luar kebiasaan”.

“Adalah penting untuk berlandaskan pada fakta sahaja. Kadangkala apabila pelanggan mendapatkan khidmat kami, kami dapat rasakan yang minda mereka agak bercelaru untuk menerima fakta-fakta tertentu,” ujar beliau.

Beliau akur bahawa tidak semua maklumat yang diberikan pelanggan juga adalah tepat dan ada yang sukar mempercayai PI – sehinggakan mereka meminta beliau menghantar gambar keberadaan dan lokasinya.

Menurutnya, ia mengambil sedikit masa bagi pihak PI memberi maklumat terkini kepada pelanggan supaya maklumat yang diperolehi boleh disahkan.

“Tempoh paling lama saya terlibat dalam siasatan bagi seseorang pelanggan adalah selama 600 jam.

“Jadi dalam kerjaya ini, anda perlukan semangat yang kental… tanpanya (kerjaya ini) mungkin tidak akan berkekalan,” kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >