Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lawatan delegasi kongres AS ke S’pura, temui PM Lee, DPM Wong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan delegasi kongres AS ke S’pura, temui PM Lee, DPM Wong

Apr 25, 2024 | 07:32 PM



Rombongan delegasi kongres Amerika Syarikat mengunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 24 April.

Delegasi tujuh anggota itu diketuai oleh anggota Dewan Perwakilan Amerika, Encik Patrick McHenry, yang juga pengerusi Jawatankuasa Dewan mengenai Perkhidmatan Kewangan Amerika.

Mereka turut mengunjungi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, secara berasingan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 25 April.

Delegasi tersebut mengunjungi Singapura dari 24 hingga 26 April, lapor The Straits Times (ST).


Dalam pertemuan tersebut, pemimpin kedua-dua negara itu mengesahkan lagi hubungan teguh dalam pelbagai bidang yang lama terjalin antara Singapura dengan Amerika Syarikat, termasuk hubungan dalam sektor kewangan yang mendalam.

Encik Lee dan Encik Wong mengalu-alu penglibatan berterusan Amerika di Asia Tenggara, merentasi bidang ekonomi, diplomatik, ketenteraan dan keselamatan, tambah kenyataan itu.

Para pemimpin tersebut turut membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa ketika ini.

Anggota delegasi tersebut termasuk anggota Dewan Perwakilan Amerika, Encik Bryan Steil, Cik Erin Houchin, Encik Scott Fitzgerald, Encik Mike Flood, Encik Wiley Nickel dan Encik Ritchie Torres.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, turut menjadi hos dalam satu majlis jamuan teh untuk delegasi tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >