Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki 21 tahun maut selepas van terbalik di PIE

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 21 tahun maut selepas van terbalik di PIE

Dec 31, 2023 | 04:27 PM



Seorang lelaki maut dan seorang lagi dibawa ke hospital selepas van dinaiki mereka terbalik dalam satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada pagi 31 Disember.

Polis menyatakan ia dimaklumkan sekitar 7.35 pagi mengenai satu kemalangan melibatkan sebuah van dan sebuah lori di PIE menuju ke Tuas selepas susur keluar Toh Guan Road, menurut The Straits Times (ST).


Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pemandu dan penumpang van itu ditemui terperangkap dalam kenderaan yang terbalik itu, dan diselamatkan dengan bantuan peralatan penyelamat hidraulik.

Penumpang lelaki berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik SCDF, manakala pemandu remaja berusia 18 tahun pula berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Satu gambar yang disiarkan dalam kumpulan Facebook ‘Singapore Road Accident’, menunjukkan sebuah van berwarna oren yang terbalik di dua lorong paling kanan ekspreswe itu, manakala sebuah kereta polis berada di belakangnya.

Serpihan kenderaan dilihat berselerak di atas jalan di depan dan sekitar van itu, manakala beberapa kon oren diletakkan untuk mengarah trafik di sekitar tempat kejadian.

Siasatan berhubung kemalangan itu sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >