Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lelaki 65 tahun didakwa bunuh jiran di Bukit Batok

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 65 tahun didakwa bunuh jiran di Bukit Batok

Jan 07, 2024 | 05:16 PM



Seorang lelaki berusia 65 tahun didakwa di mahkamah pada 7 Januari atas tuduhan membunuh jirannya, seorang wanita berusia 43 tahun, di flat di Bukit Batok pada 6 Januari.

Quek Eng Hock dikatakan telah membunuh wanita itu, yang identitinya tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah, di unit di Blok 460B, Bukit Batok West Avenue 9.

Kejadian itu berlaku sekitar 8.20 pagi.

Dia didakwa melalui pautan video dari hospital. Dia tidak membuka mata atau memberi respons semasa proses itu, lapor akhbar Shin Min Daily News.


Anak lelaki wanita itu, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, cedera dan dibawa dalam keadaan sedar ke Hospital Universiti Nasional di Lower Kent Ridge Road.

Dalam satu kenyataan, polis berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.20 pagi 6 Januari, dan wanita itu kemudian ditemui mati di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Lelaki itu ditahan di tempat kejadian.

Pada hari yang sama, pegawai polis dilihat memeriksa pusat sampah di blok tersebut dan telah menemui pisau yang kemudian dirampas kerana dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Mahkamah meluluskan permintaan pihak pendakwaan untuk menahan Quek di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi selama tiga minggu untuk pemeriksaan perubatan.

Dia dijadual hadir di mahkamah pada 26 Januari.

Mereka yang disabitkan kesalahan membunuh boleh dikenakan hukuman mati atau dipenjarakan seumur hidup dan dirotan.

Anggota Parlimen (MP) Hong Kah North, Cik Amy Khor telah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan beliau turut melahirkan rasa amat sedih dengan kejadian itu, lapor akhbar The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >