Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Maris Stella High dibina semula; sekolah rendah bakal ambil pelajar perempuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maris Stella High dibina semula; sekolah rendah bakal ambil pelajar perempuan

May 06, 2024 | 06:35 PM



Dari 2027 hingga 2029, Sekolah Tinggi Maris Stella (MSHS) akan dibina semula untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk pelajar sekolah rendah dan menengahnya.

Sekolah rendahnya juga buat kali pertama akan menerima pelajar perempuan pada 2027 apabila ia berpindah ke tapak sementara di bekas tapak Sekolah Rendah MacPherson di Mattar Road.

Sekolah itu, yang kini menerima 270 murid Darjah 1, akan mempertimbangkan untuk menambah pengambilan pada 2027.

Tapak sementara sekolah menengah adalah di tapak bekas Sekolah Menengah Bedok North di Jalan Damai.

Sekolah Tinggi Maris Stella diasaskan pada 1958 dan berpindah ke tapak Mount Vernon pada 1966. Sekolah lelaki Katolik dikenali dengan program dwibahasa yang kuat dan antara alumninya ialah Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Dalam satu kenyataan pada 6 Mei, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata MSHS (Sekolah Rendah) akan bertukar menjadi pendidikan bersama untuk memenuhi keperluan penduduk setempat dengan lebih baik.

bagi menampung pengambilan yang lebih besar, MSHS (Sekolah Rendah) akan beroperasi dalam dua sesi di tapak sementara semasa pembinaan dijalankan di kampus tetapnya.

Murid Darjah 1 dan 2 akan hadir di sekolah pada sesi petang, manakala murid Darjah 3 hingga 6 akan menghadiri sesi pagi.

Apabila kerja pembinaan siap, sebagai permulaan pada 2030, MSHS (Sekolah Rendah) akan kembali beroperasi pada satu sesi.

MSHS (Menengah) akan kekal sebagai sekolah bagi pelajar lelaki buat masa ini.

Pengetua MSHS, Encik Boy Eng Seng, berkata kerja pembinaan semula itu akan menambah ciri-ciri yang tidak didapati pada kampus semasa seperti padang sekolah dan dua dewan sukan tertutup – satu untuk setiap bahagian.

Di bawah skim dwipenggunaan MOE-SportSG, kedua-dua dewan sukan tertutup boleh digunakan oleh masyarakat.







Surat pekeliling yang dihantar kepada ibu bapa pelajar MSHS pada 6 Mei menyatakan bahawa bilik darjah sekolah rendah akan direka semula dan ditambah kemudahan pembelajaran luar. Bahagian menengah akan mempunyai perpustakaan yang direka semula, makmal sains dan kantin dengan ruang dan perabot fleksibel.

Ia juga mengatakan bahawa tapak sementara dipilih berdasarkan ketersediaannya, berupaya untuk menempatkan kakitangan dan pelajar, dan berdekatan dengan kampus Mount Vernon.


Encik Boy memberitahu The Straits Times bahawa pelajar tidak akan menghadapi masalah untuk ke tapak sementara kerana ia berdekatan dengan kampus semasa, stesen MRT Mattar dan MRT Kaki Bukit.


Tapak sementara sekolah rendah di Mattar Road terletak 1.8 kilometer dari tapak Mount Vernon manakala sekolah menengah di Jalan Damai terletak kira-kira 3.7 kilometer jauhnya.


Bagi pintu gerbang ikonik sekolah MSHS pula, Encik Boy berkata pihak sekolah berharap dapat mengekalkannya semasa proses pembinaan semula.

“Kami ingin memeliharanya. Kami akan bekerjasama dengan arkitek untuk mengekalkannya sebelum membuat keputusan.”

Encik Boy, yang juga merupakan alumnus MSHS, berkata salah satu faktor dalam keputusan untuk mendaftarkan pelajar perempuan ke sekolah rendah adalah untuk manfaat alumni dan anak perempuan mereka.

Tambahnya, mereka juga mempertimbangkan penduduk tempatan di kawasan Bidadari yang mungkin mempunyai anak perempuan.

Kata Encik Boy: “Terdapat banyak keluarga muda baharu yang akan berpindah. Dari segi logistik ia lebih mudah bagi sekolah rendah.”


Tapak tetap sekolah di Mount Vernon akan terus digunakan untuk menentukan jarak rumah-sekolah untuk Fasa 2C pendaftaran Darjah Satu – fasa terbuka bagi mereka yang tiada hubungan dengan sekolah dan keutamaan diberikan kepada mereka yang tinggal berdekatan.

Dengan pembinaan semula sekolah, mungkin terdapat perubahan pada sempadan sekolah yang digunakan untuk menentukan jarak rumah-sekolah.

Anggota Parlimen Potong Pasir, Encik Sitoh Yih Pin, berkata pembinaan semula MSHS akan menyediakan kemudahan segar untuk pengalaman pendidikan yang lebih baik untuk pelajar.

“Mengubah MSHS kepada pendidikan bersama akan membawa kepelbagaian dan keterangkuman tambahan kepada populasi pelajarnya, dan yang penting, menyediakan lebih banyak pilihan kepada keluarga muda kami di kawasan Bidadari dan Potong Pasir yang berdekatan,” katanya.

“Kami sedar bahawa tapak pembinaan akan mengubah keadaan kemudahan kawasan kejiranan. Kami akan bekerjasama dengan agensi kementerian yang terlibat untuk mengurangi sebarang isu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >