Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pergas: Catatan media sosial Kedutaan Israel di S’pura remehkan keharmonian antara kaum, agama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas: Catatan media sosial Kedutaan Israel di S’pura remehkan keharmonian antara kaum, agama

Hargai campur tangan segera pemerintah arah catatan dipadamkan
Mar 27, 2024 | 08:58 PM



Catatan media sosial berkaitan Palestin dan Israel yang diterbitkan Kedutaan Israel di Singapura pada 24 Mac bukan sahaja memberi tafsiran yang salah terhadap Al-Quran, malah meremehkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura, kata Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).

Menyatakan demikian menerusi satu catatan Instagramnya, Pergas berkata ia prihatin akan catatan media sosial itu yang memetik ayat Al-Quran secara selektif bagi memenuhi keinginan politik mereka.

“Memaparkan semula catatan pereka kandungan lain adalah tidak bertanggungjawab, tidak menghormati, dan tidak tepat.

“Ia bukan sahaja memberi tafsiran salah kepada Al-Quran, tapi catatan itu juga meremehkan keharmonian berpanjangan yang memaparkan ciri-ciri masyarakat berbilang agama Singapura,” kata catatan Pergas itu.

Catatan Pergas itu menambah bahawa adalah penting untuk bersikap berjaga-jaga dan sensitif, terutamanya apabila mengaitkan teks-teks agama kepercayaan lain, dan peka dengan naratif sejarah yang sensitif.

“Sebagai pertimbangan, adalah lebih bermanfaat untuk terlibat dalam dialog yang lebih terhormat dengan pihak asatizah dan cedekiawan Islam, terutamanya apabila berbincang tentang tafsiran Al-Quran.

“Ini akan menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik akan kitab suci kami dan ajaran sebenar Islam.

“Kami percaya akan penekanan dalam Al-Quran tentang melibatkan masyarakat daripada kepercayaan dan agama lain,” kata Pergas.

Catatan media sosial oleh Kedutaan Israel di Singapura itu dipadamkan selepas pemerintah Singapura campur tangan dan mengutarakan amaran agar pos tersebut ditiadakan.

Pos tersebut menyatakan:

“Israel disebut 43 kali dalam Al-Quran. Sebaliknya, Palestin tidak disebut sekali pun. Setiap bukti arkeologi - peta, dokumen, wang syiling, menghubungkan tanah Israel dengan orang Yahudi sebagai orang asli di tanah itu.”.

Berdasarkan pemeriksaan Berita Harian (BH), pos tersebut tidak boleh lagi diakses sekitar 1 pagi pada 25 Mac.


Dalam catatan Pergas, ia menyatakan bahawa ia menghargai respons segera oleh para pemimpin Singapura berhubung perkara itu yang turut menekankan nilai-nilai hormat dan saling memahami yang penting di sini.

“Tindakan pantas mereka dalam menangani ketegangan yang berpotensi berlaku memaparkan komitmen yang dikongsi sama kami dalam melindungi keharmonian kaum di Singapura.

“Selain menarik balik catatan itu, para individu yang bertanggungjawab bagi komen-komen tidak sensitif ini patut lahirkan kekesalan ikhlas serta meminta maaf di atas kesilapan merbahaya yang dibuat dalam catatan mereka.

“Akhir sekali, semasa waktu genting ini di mana kehidupan tidak terjamin, daripada menyebabkan perbalahan lanjut, adalah penting kita tumpukan usaha dalam mempromosikan sifat belas ihsan, empati dan mencari huraian damai bagi mengurangkan kesensaraan dan mengembalikan sifat kemanusiaan,” tambah Pergas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >