Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pondok pesantren di Lombok terus maju hasil derma warga S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Pondok pesantren di Lombok terus maju hasil derma warga S’pura

Pelajar meningkat, bilik darjah perlu ditambah
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Pondok Pesantren Nuruzzainiyah yang diasaskan syarikat setempat, Al-Imtaq International & Services, menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Terletak di kawasan pedalaman Lombok Timur, Indonesia, dan dibina pada 2012, bilangan pelajarnya juga sudah mencapai lebih 500 orang. Demikian kata pengarah syarikat itu, Ustaz Musa Zulkifli.

Seiring jumlah pelajar yang meningkat itu, jumlah bilik darjah pun perlu ditambah dan ini dijangka menelan belanja $150,000, kata Ustaz Musa. Justeru, masyarakat Melayu/Islam di Singapura diharapkan dapat membantu dengan menghulurkan derma bagi menjayakan projek itu.

Menceritakan sedikit latar belakang pondok pesantren tersebut, Ustaz Musa berkata ia dibina pada waktu itu kerana terdapat ramai anak-anak terbiar dan tidak bersekolah di kawasan tersebut. Ia juga disebabkan tempat sekolah yang jauh dari rumah mereka, selain keluarga yang tidak mampu membiayai wang persekolahan anak-anak.

‘‘Maka lahirlah idea kami untuk membuat maahad tahfiz yang sekali gus menjadi tempat persekolahan untuk menampung pelajar-pelajar terbiar itu di Pondok Pesantren Nuruzzainiyah,’’ jelas Ustaz Musa.


Kini, beliau gembira kerana kalau dahulu pelajarnya terdiri daripada anak-anak terbiar tanpa mendapat peluang ke sekolah, kini mereka datang daripada pelbagai daerah di Nusa Tenggara Barat Indonesia, merangkumi sebahagian kepulauan Sunda, bahkan juga dari Sulawesi.

Pelajarnya juga merangkumi pelbagai peringkat, daripada tadika, menengah hingga prauniversiti, katanya, sambil menambah, anak-anak yang tinggal di asrama penuh tidak dikenakan sebarang bayaran kerana pembiayaan mereka 100 peratus ditampung oleh penderma dari Singapura menerusi sistem anak angkat.

Maka itu, lebih banyak bilik darjah diperlukan. ‘‘Alhamdulillah, kini sudah ada asrama untuk anak-anak lelaki dan perempuan. Apa yang kami sedang usahakan sekarang ialah menambah jumlah bilik darjah kepada lapan. Ada antara bilik ini sudah siap, tapi ada yang belum kerana kami memerlukan dana,’’ tambah Ustaz Musa.

Mengenai rancangan masa depan, katanya: ‘‘Kami mahu menampung seberapa ramai yang kami mampu, anak-anak kurang upaya, agar mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.’’

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan boleh dilakukan melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun bank DBS 019-904263-9.

2. PayNow ke UEN 53202179K. Selepas transaksi berjaya, sertakan bukti/resit dan WhatsApp ke talian 8454-3782.

3. Kirimkan cek di atas nama Al-Imtaq International & Services.

4. Untuk pendaftaran atau pengambilan derma dari rumah, sila hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073 atau Ustaz Husni Yusof di talian 9675-8787.

5. Pertanyaan lanjut juga boleh diajukan dengan menghubungi talian 9786-6225 atau layari laman http://www.al-imtaq.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >