Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Qaryah raih lebih faedah bawah naungan Masjid Alkaff Kampung Melayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berpusat di Blok 704 Bedok Reservoir Road, Qaryah peroleh bantuan disediakan imam untuk solat tarawih

Qaryah raih lebih faedah bawah naungan Masjid Alkaff Kampung Melayu

Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Qaryah Bedok Reservoir Rise, yang sebelum ini tidak bernaung di bawah mana-mana masjid, kini dapat menjalankan pelbagai kegiatan yang lebih dipermudah hasil sokongan sebuah masjid berhampirannya.

Berpusat di Blok 704, Bedok Reservoir Road, Qaryah itu kini bernaung di bawah Masjid Alkaff Kampung Melayu sejak tahun 2023. Susulan itu, ia telah memperoleh bantuan daripada Masjid Alkaff Kampung Melayu yang telah memberikan sokongan misalnya, menyediakan imam untuk solat tarawihnya dalam bulan Ramadan dan membimbing majlis-majlis lain yang diadakan.

Namun, demi keselesaan anggotanya yang kebanyakannya warga emas, Qaryah itu telah mengekalkan pusatnya di Blok 704 dengan menganjurkan kegiatan seperti solat tarawih di kolong blok tersebut seminggu sekali pada Sabtu. Jumlah yang hadir pun menggalakkan dengan sekitar 80 jemaah hadir setiap minggu.

Menjelaskan lebih lanjut, ketua Qaryah tersebut, Encik Mohd Suhaimi Abdul Hafidz, berkata:

‘‘Ramai penduduk di sekitar Blok 701 hingga 708 adalah penduduk lanjut usia yang antaranya berkerusi roda, yang berasal dari kawasan-kawasan kampung lama seperti Kaki Bukit dan Kembangan. Maka itu, kami tetap menganjurkan kegiatan kami di daerah kami, bukan di masjid walaupun ia terletak tidak jauh dari pusat kami, untuk keselesaan mereka dan juga mengeratkan silaturahim antara mereka.’’

Beberapa lagi kegiatan Qaryah yang dianggotai 20 orang itu ialah mengadakan majlis tahlil menjelang bulan Ramadan dan juga solat Hari Raya yang diuruskan oleh sukarelawan dan penduduk setempat.

Selain itu, untuk menampung minat kumpulan muda, ia turut membentuk sebuah kumpulan bola sepak belia yang dianggotai 40 orang, menghulurkan bantuan kepada orang tua dan mereka yang memerlukan sokongan kewangan seperti merujukkan mereka kepada badan kebajikan melalui masjid atau Jawatankuasa Penduduk (RC).

Berkenaan kumpulan belianya, Qaryah itu juga merancang mengadakan program dakwah untuk mereka dengan menggalakkan mereka mengikuti kelas-kelas agama di masjid.

Encik Mohd Suhaimi, 60 tahun, seorang eksekutif kanan bidang teknologi maklumat, berharap penduduk dapat terus menyokong usaha Qaryah Bedok Reservoir Rise sambil memberikan sokongan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu yang akan menjalankan kerja peningkatannya tidak lama lagi.

HULUR DERMA


Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC : 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg.


2. Kiriman cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan poskan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang.

5. Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.

6. Ikuti Masjid Alkaff Kampung Melayu di TikTok, Facebook dan Instagram: @MasjidAlkaffKampungMelayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >