Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SCDF bunyikan semboyan Mesej Penting seluruh S’pura pada 15 Feb

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF bunyikan semboyan Mesej Penting seluruh S’pura pada 15 Feb

Feb 13, 2024 | 02:18 PM



Jangan risau apabila anda mendengar bunyi semboyan pada 15 Februari.

Bunyi tersebut merupakan isyarat Mesej Penting yang akan dibunyikan di seluruh Singapura oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

SCDF berkata melalui satu kenyataannya pada 13 Februari bahawa semboyan tersebut akan dibunyikan selama seminit mulai 6.20 petang menggunakan semboyan sistem amaran awam (PWS) seluruh Singapura.

Isyarat itu juga akan berbunyi selama 20 saat pada semua telefon bijak yang memuat turun aplikasi mudah alih SGSecure.

Ia akan berhenti sebaik sahaja mesej diterima atau berhenti selepas 20 saat. Ini akan diikuti dengan teks ringkas mengenai bunyi PWS itu.

Orang ramai boleh mendapatkan mesej ringkas mengenai sistem amaran awam sebaik sahaja mendengar isyarat tersebut di stesen radio atau saluran televisyen tempatan.

Sekiranya sesiapa terlepas mesej tersebut, mereka boleh mengunjungi laman web https://go.gov.sg/pws untuk mengetahui lebih lanjut tentang isyarat tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >