Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sekitar 200 pindah keluar selepas unit terbakar di EC Sengkang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 200 pindah keluar selepas unit terbakar di EC Sengkang

Feb 26, 2024 | 08:00 PM



Sekitar 200 orang bergegas menyelamatkan diri dari blok kondominium eksekutif (EC) di Sengkang selepas satu kebakaran berlaku di sebuah unit tingkat 13 pada 25 Februari.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 9.15 malam di Blok 13 EC Bellewaters yang terletak di Anchorvale Crescent.

“Kebakaran melibatkan tilam di balkoni sebuah unit di tingkat 13,” menurut SCDF sebagai menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST).


Ia menambah bahawa bilik tidur yang bersambung dengan balkoni itu rosak akibat haba dan asap daripada api tersebut.

Satu video kebakaran yang tular di wadah media sosial Xiaohongshu pada 25 Februari, menunjukkan api dan kepulan asap tebal menyelubungi dari flat itu.

Turut kelihatan bara api jatuh dari balkoni.

Anggota bomba berusaha memadamkan api dan menyelamatkan penduduk sejurus ketibaan mereka, menurut SCDF.

Sekitar 200 orang berpindah keluar dari blok yang terjejas sebelum SCDF tiba.

SCDF menambah, seorang mengalami luka kecil di kepala selepas terjatuh di tingkat bawah dan dibawa ke Hospital Besar Sengkang (SKGH) sebagai langkah berjaga-jaga.

Punca kebakaran masih disiasat.

“SCDF difahamkan beberapa orang awam cuba memasuki unit yang terjejas dan cuba memadamkan api sebelum SCDF tiba,” menurut agensi penyelamat itu, sambil menambah ia akan menghubungi mereka untuk memberi penghargaan atas tindakan dan semangat awam mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >