Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

S’pura buat pertimbangan teliti sebelum tukar kadar cukai karbon: SM Teo

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura buat pertimbangan teliti sebelum tukar kadar cukai karbon: SM Teo

Dec 05, 2023 | 08:04 PM



DUBAI: Sebarang perubahan kepada kadar cukai karbon Singapura akan berlaku selepas pemerintah mengambil kira kos karbon, kesan negatif pelepasan karbon ke atmosfera, serta penjajaran dengan perkembangan antarabangsa, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean pada 5 Disember.

Beliau berkata demikian selepas Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon, berkata pada 4 Disember bahawa beliau berharap cukai karbon meningkat lebih tinggi untuk mempercepatkan tindakan iklim dan menangani pemanasan global.

Cukai karbon Singapura kini ditetapkan pada $5 setiap tan pelepasan, tetapi akan meningkat kepada $25 setiap tan dari 2024 dan kepada $45 setiap tan antara 2026 dan 2027. Cukai akhirnya akan ditetapkan antara $50 dan $80 setiap tan menjelang 2030.

Ketika menjawab pertanyaan media pada penghujung lawatannya ke Dubai untuk sidang iklim COP28 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung selama empat hari, Encik Teo berkata, pemerintah akan melihat bagaimana negara berbeza membuat dasar untuk menangani kesan negatif pelepasan karbon dioksida. Ini mengambil kira faktor harga dan bukan harga.

Sesetengah negara, seperti Switzerland dan Sweden, mempunyai cukai karbon sekurang-kurangnya 100 euro ($145) bagi setiap tan karbon dioksida.

Mengulas tentang bagaimana Singapura berharap untuk menguruskan kos peralihan tenaga, Encik Teo berkata, hasil daripada cukai karbon akan digunakan untuk membantu isi rumah dan perniagaan membuat peralihan kepada ekonomi yang lebih mesra alam dan kehidupan yang lebih hijau.

Encik Teo juga memberi rumusan mengenai penglibatan Singapura dalam sidang tersebut, termasuk penyertaan Singapura dalam rundingan antarabangsa dan bagaimana ia menyumbang kepada kerjasama antarabangsa.

“Bukan sahaja rundingan yang berlaku, tetapi juga bagaimana negara melaksanakan perkara yang telah disetujui sebelum ini. Jadi Singapura benar-benar memberi tumpuan kepada peralihan tenaga, dan kami mempunyai beberapa inisiatif berbeza mengenai perkara ini,” jelas Encik Teo.

Singapura telah melancarkan beberapa inisiatif kewangan iklim untuk membantu negara di rantau ini beralih daripada loji janakuasa arang batu dan mempercepatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui mereka.

Khususnya, Singapura berharap untuk menyediakan kewangan campuran bernilai sehingga AS$5 bilion ($6.7 bilion) untuk memudahkan peralihan tenaga.

Untuk menggalak sektor swasta mengambil bahagian dalam peralihan tenaga, pemerintah bersedia membiayai projek di Asia yang dianggap lebih berisiko. Antara contoh termasuk peningkatan skala tenaga boleh diperbaharui dan pemodenan grid elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >