Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Jamu selera serendah $33 di Agrobazaar Singapura

Jun 23, 2016 | 11:45 AM



Di bulan Ramadan ini, memang kita teringin cuba pelbagai hidangan dan juadah yang ada. Lagi-lagi di Malaysia ini memang mudah untuk dapatkan juadah yang sedap-sedap belaka. Kalau boleh nak cuba semua sekali!



Jika ke Singapura, pilihan juadah-juadah mungkin agak terhad dan susah untuk mencari pelbagai hidangan dan juadah di bawah satu bumbung.



Usah risau, Agrobazaar Singapura ada untuk memenuhi keinginan anda!



Dengan SGD33, anda boleh makan pelbagai hidangan terkenal di Malaysia di FAMA Agrobazaar Singapura. Ini antara hidangan top yang ada di Agrobazaar Singapura sempena Ramadhan ini.



1. Johor Soto Soup



Hidangan ini memang terkenal di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Soto lebih popular di Johor berbanding di negeri yang lain. Sup soto ini boleh dipadankan untuk dimakan dengan mee ataupun nasi himpit. Ditambah pula daging halus, begedil dan sambal kicap. Fuh, memang terangkat.



2. Ulam ulaman



Dahulu ulam-ulaman ini hanya dimakan oleh masyarakat Melayu di kampong-kampong sahaja. Kini, ulam biasa kita nampak disediakan bersama hidangan-hidangan lain termasuk di hotel-hotel terkemuka. Ulam mempunyai khasiat yang tinggi dimakan mentah dan membekalkan serat yang diperlukan sistem penghadaman manusia. Pendek kata, ulam-ulaman ini rahsia kencantikan untuk kita terutamanya kaum wanita.



3. Ayam Percik Terengganu



 



Ini antara menu kena cuba. Ayam percik memang hidangan terkenal di bulan Ramadhan ini. Ayam yang dipanggang kemudiannya dicelup dalam kuah percik sebelum dihidangkan. Hasilnya? Hidangan yang merecik kesedapannya.


4. Mee Kari Pedas



Resepi Mee Kari yang sedap dimasak menggunakan air rebusan udang. Proses penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahannya banyak, termasuk bahan untuk hiasan atau taburan di atas hidangan tetapi itulah menariknya mee kari. Hirisan ayam, fish cake dan fishball menambah lagi kesedapan mee kari ini.



5. Ikan Asam Pedas Melaka



Siapa yang ke Melaka, tak sah kalau tak makan asam pedas. Kepedasan kuah asam pedas itu yang dimasak dengan ikan yang segar memang jadikan asam pedas Melaka ini istimewa. Asam pedas yang power adalah yang jika anda cuci tangan pun, bau masakan itu masih melekat di tangan. Hebat.



6. Kambing Bakar



Kambing bakar adalah hidangan yang biasa kita nampak sekarang ini di buffet-buffet. Kambing bakar ini pun kini sudah terdapat di pasar Ramadan. Kambing bakar ini tak boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Nanti terduduk kekenyangan tak pergi pula solat terawih di malam hari.



7. Chendol



Setelah seharian berpuasa, dapat minum chendol terus hilang dahaga. Nak lagi best, makan chendol dengan durian beberapa ulas. Gabungan lemak manis cendol dan durian itu memang power.



8. Teh Tarik



Minuman paling terkenal dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Biasanya diminum selepas habis makan hidangan berat. Teh tarik ini kiranya minuman 'pencuci mulut' selain buah-buahan.



9. Pisang goreng



Dah habis makan nasi, nak pula kunyah makanan yang ringan. Pisang goreng ini jawapannya. Ikut selera anda untuk makan pisang goreng ini secara orginal atau cicah dengan sambal kicap. Padankan pula pisang goreng ini dengan teh tarik, memang kenikmatan berganda.



Ini hanyalah sebahagian menu yang ada dalam set buffet Ramadan ini. Banyak lagi sebenarnya yang ditawarkan dalam menu buffet Ramadan ini, antaranya kuih muih traditional, buah-buahan tempatan, popiah goreng dan banyak lagi. Anda hanya perlu bayar SGD12.50 seorang untuk anak kecil anda. Pada pandangan saya memang berbaloi harga ini dengan pilihan makanan yang ditawarkan untuk set ramadan.



Agrobazaar Singapura juga turut menyediakan pelbagai produk tempatan seperti keropok, pes untuk masakan dan pelbagai barangan masakan yang lain. Pendek kata Agrobazaar Singapura ini adalah one stop center untuk anda membeli belah produk buatan Malaysia dan juga produk-produk persediaan untuk persiapan hari raya nanti.



Sebelum itu, kena juga cuba Kopie Satu, kopi premium ala Starbucks yang enak setanding kopi dari Amerika ini. FAMA Agrobazaar juga menawarkan katering klien korporat jika perlu. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan buffet Ramadhan 'Authentic Malaysia' dan produk-produk yang ada di FAMA Agrobazaar , boleh ke laman rasmi Agrobazaar Singapura.



Anda datang sekali, pasti akan datang lagi. Percayalah!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >