Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Alexander Arnold harus diberi perhatian: McAllister

Aug 01, 2023 | 04:31 PM



Jika beliau belum bersara, bekas pemain midfield Liverpool, Gary McAllister, ingin sekali bermain bersama pemain bek kanan semasa di pasukan itu, Trent Alexander Arnold.

Ini kerana pemain England berusia 24 tahun itu bukan sahaja lincah, malah bijak memecahbelahkan pertahanan lawan dengan hantaran jitunya, kata McAllister, 58 tahun.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Berita Harian.


McAllister berada di Singapura sebagai sebahagian daripada Festival Bola Sepak Singapura, yang menyaksikan Liverpool bakal menentang Bayern Munich pada Rabu di Stadium Negara.

Dalam satu perlawanan pada Ahad, Liverpool menewaskan Leceister City 4-0.

“Trent Alexander adalah seorang pemain yang saya benar-benar kagumi.

“Kadangkala beliau berhadapan dengan kritikan mengenai beberapa aspek permainannya, namun beliau pemain yang sangat mengujakan.

“Beliau boleh membuat hantaran hebat dan mempunyai visi permainan (yang baik),” kata McAllister.

Sungguhpun Liverpool menduduki tangga kelima dalam Liga Perdana England (EPL) musim 2022/23, nama Arnold tersenarai sebagai antara pemain yang membuat hantaran terbanyak dalam musim itu.

Dan, beliau satu-satunya pemain bek kanan dalam senarai ‘assist’ terbanyak EPL musim itu – sembilan.

Oleh itu, McAllister berpendapat perubahan yang dibuat ke atas peranan Arnold – pada lewat musim 2022/23 beliau lebih banyak bermain di tengah – menjadikannya pemain yang harus diberi perhatian.

Selain Arnold, McAllister percaya dua pemain baru Liverpool – Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai – dapat mengukuhkan kesebelasan utama skuad Jurgen Klopp, khususnya di bahagian tengah.

Ini penting, lebih-lebih lagi dengan penghijrahan beberapa tunggak midfield, seperti Jordan Henderson dan Roberto Firmino, yang telah menyertai liga Arab Saudi.

“Apa yang saya dapat lihat dan dengar daripada latihan dan perlawanan sejauh ini ialah dua pemain itu peka akan permainan bola sepak secara bijak.

“Saya rasa kedua-dua pemain itu kelihatan seperti mereka dapat menjaringkan gol dan mencipta peluang bagi mendapatkan gol,” ujar McAllister.

Namun, beliau berkata penyesuaian kepada gaya permainan dalam EPL mungkin menjadi cabaran terbesar bagi seorang lagi pemain baru Liverpool, Szoboszlai, yang berpindah daripada pasukan liga Jerman, RB Leipzig.

Menurutnya, pemain yang tiada pengalaman bermain dalam EPL ada kalanya boleh mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan rentak perlawanan.

“Saya faham beliau kapten pasukan negara. Jelas bahawa beliau pemain muda yang sangat berbakat, tetapi beliau tiada pengalaman dalam EPL.

“Biasanya payah bagi pemain yang baru masuk EPL... keamatan perlawanan, tekanan dalam perlawanan, jumlah perlawanan dan perlawanan merebut piala.

“Jadi kadangkala sukar bagi pemain jika mereka tidak tahu (gaya permainan EPL),” kata McAllister.

Namun, beliau tetap berharap Liverpool dapat mengekalkan rentak yang ditunjukkan mereka semasa persiapan dan perlawanan pramusim.

Ini di samping pemain utama seperti penyerang Darwin Nunez kekal cergas selepas musim 2022/23 yang penuh dengan kecederaan.

McAllister berkata: “Saya berpendapat bahawa kami menamatkan musim 2022/23 dengan baik.

“Seperti sedia maklum, musim itu amat bergelora hingga penghujungnya. Amat memberangsangkan melihat cara kelab ini menamatkan EPL dan perubahan kecil yang dibuat kepada pasukan... jadi saya melihat ia akan berterusan.”

Liverpool akan membuka tirai musim EPL dengan bertandang ke Stamford Bridge menentang Chelsea pada 13 Ogos.

Pertemuan terakhir antara dua pasukan itu ialah dalam pusingan akhir Piala FA, yang menyaksikan Liverpool menang melalui tendangan penalti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >