Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Alonso lanjut kontrak bersama Aston Martin hingga hujung 2026

Apr 12, 2024 | 02:13 PM



LONDON: Keghairahan Fernando Alonso untuk terus bersaing dalam Formula 1 (F1) begitu menyerlah setelah beliau mengumumkan keputusannya untuk kekal bersama Aston Martin sehingga sekurang-kurangnya penghujung 2026.


Juara dunia dua kali asal Sepanyol itu akan mencecah usia 43 tahun pada Julai. Dengan kontrak barunya ini, ia bermakna beliau akan berlumba dalam F1 sehingga sekurang-kurangnya usianya 45 tahun.

Beliau berkata: “Saya rasa saya terlalu suka memandu sehingga saya tidak boleh berhenti buat masa ini. Pengorbanan yang perlu anda lakukan adalah lebih kecil daripada keghairahan memandu.

“Saya hidup untuk F1, saya berlatih bagi kekal cergas untuk memandu F1, saya makan bagi kekal cergas untuk memandu F1.

“Saya rasa belum lagi ada keperluan untuk menukar gaya hidup. Saya suka apa yang saya lakukan.

“Saya tidak akan gembira duduk di rumah menonton F1 kerana buat masa ini, saya masih berasa saya harus berada di sana (berlumba dalam F1).”

Dari segi prestasi perlumbaan, kenyataan beliau sukar disangkal.

Alonso merupakan antara pemandu F1 cemerlang bagi musim 2023 dengan pasukan Aston Martin membuat lonjakan luar biasa daripada sebuah pasukan yang berada di kedudukan pertengahan kepada pasukan yang berada di barisan hadapan pada awal 2023.

Pasukan itu berjaya menempah tempat di petak podium dalam enam daripada lapan perlumbaan awal – prestasi pemanduan yang cemerlang. Sungguhpun tahap prestasi pasukan turun pada separuh kedua musim itu, prestasi Alonso konsisten.

Mentelah bagi perlumbaan Grand Prix Brazil pada penghujung musim, beliau mencatatkan antara aksi terhebat dengan mempertahankan kedudukannya di tempat ketiga daripada dirampas pemandu Red Bull, Sergio Perez, selama 16 pusingan.

Ketika ditanya sekiranya persaraan berada dalam pertimbangan, beliau menegaskan ia “tidak pernah terlintas di fikiran”.

Alonso menjelaskan selepas perlumbaan ketiga bagi musim 2024 di Melbourne, Australia, keinginan terus berlumba dan meneruskan kontrak bersama Aston Martin “merupakan keputusan semula jadi dan logikal (setakat ini)”.

Aston Martin telah menawarkannya kontrak baru sebelum perlumbaan di Australia. Kontrak itu memberi Alonso komitmen jangka panjang, dengan gaji tetap, sekali gus menggariskan komitmen pasukan itu terhadap beliau sebagai pemandu.

Alonso akur bahawa beliau telah berbincang dengan pasukan lain. Beliau tidak menamakan pasukan tersebut, tetapi ia bukanlah rahsia bahawa pasukan yang dimaksudkan adalah Red Bull dan Mercedes.

Tetapi, seperti yang beliau katakan hanya beberapa minggu sebelum ini, beliau membuat keputusan sendiri dalam masa sendiri, tidak menunggu orang lain, atau tergesa-gesa.

Beliau berkata: “Saya rasa (bakat saya) paling dikehendaki di Aston Martin.

“Perbincangan lain sekadar perbualan sahaja dan mungkin lebih banyak masa diperlukan, sedangkan di Aston ada keinginan yang jelas untuk bekerjasama dan hasrat itu sama seperti yang saya inginkan.”

Beliau menambah kontrak baru itu adalah “projek terpanjang yang pernah ditandatangani”.

“Ia akan memastikan saya dikaitkan dengan Aston untuk beberapa tahun akan datang. Mari lihat berapa lama lagi saya dapat terus memandu,” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >