Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Arsenal, Man Utd mara, Leicester tersingkir

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



PIRAEUS (Greece): Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol di penghujung perlawanan untuk memberikan kemenangan dramatik 3-2 bagi Arsenal ke atas Benfica dalam Liga Europa semalam.



Keputusan itu memberikan kemenangan agregat 4-3 kepada Arsenal yang melangkah ke pusingan kalah mati selanjutnya.



Arsenal menyertai dua lagi kelab Liga Perdana England (EPL) yang mara ke pusingan selanjutnya, Manchester United dan Tottenham Hotspur.



Namun, Leicester City dan Brendan Rodgers tercicir di peringkat ini selepas tewas kepada Slavia Prague dari Republik Czech di Stadium King Power.



Namun, malam semalam milik Aubameyang, yang menjaringkan dua gol, termasuk pada minit ke-87 untuk memberi kemenangan bagi Arsenal di Stadium Karaiskakis di Piraeus, Greece.



Arsenal terpaksa menjadi 'tuan rumah' di stadium itu kerana tidak dapat mengadakan perlawanan di Stadium Emirates kerana sekatan pergerakan Covid-19 di Britain.



Aubameyang membuka tirai jaringan pada minit ke-21, sebelum Cupido Goncalves dan Ferreira Silva memberi kelebihan 2-1 ke pada Benfica.



Namun Kieran Tierney berjaya menyamakan kedudukan bagi Arsenal, membuka laluan bagi Aubameyang menjadi wira pasukan.



Aubameyang berjaya menendang masuk hantaran silang ke petak penalti dan sekaligus menebus kecuaiannya pada perlawanan pertama.



Malah, beliau juga menebus kekecewaan terlepas menjaringkan gol di peringkat sama musim lalu - juga dengan kelab dari Greece, iaitu Olympiakos - menyebabkan Arsenal tersingkir.



Namun, pisang tidak berbuah dua kali bagi Aubameyang dan beliau berjaya membantu Arsenal dan Mikel Arteta untuk berjuang bagi satu perlawanan lagi, dan kegirangan kededuanya ketara di wisel penamat.



Sebaliknya, wisel penamat di Stadium King Power disambut dengan sugul oleh Brendan Rodgers dan pasukannya yang kecundang kepada kelab yang boleh dianggap lebih kerdil.



Perlawanan pertama berkesudahan 0-0 dan memberi keyakinan kepada Leicester ia boleh menjaringkan gol dalam perlawanan kedua dan mara ke pusingan selanjutnya.



Namun Rodgers, yang menurunkan kesebelasan utama yang berubah, terpaksa menanggung kekecewaan kerana pasukannya gagal bersaing dengan kelab yang sebelum ini belum pernah menang di tanah Inggeris.



Tunggak midfield kreatif James Maddison cedera dan tidak dapat beraksi, tetapi keputusan Rodgers menyimpan pemain sayap Harvey Barnes sehingga pertengahan separuh masa kedua menjadi tanda tanya.



Malah, beliau akur bertanggungjawab bagi keputusan ini.



"Memang ini keputusan saya dan saya tidak boleh berkata apa-apa, selain pasukan yang lebih baik pada malam tadi memenangi perlawanan," Rodgers.



Di Old Trafford pula, Manchester United berhempas pulas untuk mencipta peluang gol dan akhirnya seri dengan Real Sociedad.



Namun ia tetap mara ke pusingan selanjutnya kerana telah memenangi perlawanan pertama 0-4.



Perlawanan itu namun tetap manis bagi Shola Shoretire, yang pada usia 17 tahun 23 hari menjadi pemain termuda yang beraksi bagi United dalam perlawanan di Eropah.



Rekod lama dimiliki Norman Whiteside yang 108 hari lebih tua daripada Shoretire.



Pemain import baru Amad Diallo juga beraksi di Old Trafford bagi kalu pertama semalam.



Jadual perlawanan bagi pusingan selanjutnya dijangka ditentukan lewat malam tadi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >