Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal tewaskan Chelsea, beri tekanan kepada City, Liverpool

Apr 24, 2024 | 12:42 PM



LONDON: Kai Havertz dan Ben White kededuanya menjaringkan dua gol semasa kemenangan 5-0 Arsenal menentang Chelsea.


Kemenangan ini bermakna mereka berada di kedudukan pertama Liga Perdana England (EPL) dan memberikan tekanan kepada Liverpool dan Manchester City untuk mengejar mereka.

Leandro Trossard juga berjaya menjaringkan gol untuk Arsenal, yang kini mempunyai tiga mata lebih daripada Liverpool dan empat mata mendahului Manchester City.

Namun, takdir pemenang EPL masih di dalam tangan City, kerana juara bertahan itu mempunyai kelebihan dua perlawanan.

Liverpool juga mempunyai lebih satu perlawanan dan akan menentang Everton pada April 24.

Namun, kelebihan perbezaan gol pasukan bimbingan Mikel Arteta kelihatan seperti ia tidak boleh diatasi jikalau ia akan diambil kira semasa perlumbaan piala EPL.

Chelsea terpaksa menentang Arsenal tanpa ancaman utama mereka, Cole Palmer, kerana pemain itu tidak sihat.

Palmer telah menjaringkan dan memberikan ‘assist’ sebanyak 50 peratus gol EPL Chelsea musim ini dan ketiadaannya dapat dirasakan semasa perlawanan tersebut.

Walaupun Chelsea sedang mengalami musim pertama yang mengecewakan di bawah bimbingan Mauricio Pochettino, mereka tiba ke perlawanan itu tanpa kekalahan selama lapan perlawanan EPL kecuali kekalahan mereka di peringkat separuh akhir piala FA kepada Manchester City pada 20 April.

Namun Chelsea tetap kalah teruk kepada Arsenal yang menunjukkan semangat mereka untuk bangkit semula selepas kekalahan mereka kepada Aston Villa di tempat sendiri.

Arsenal memulakan perlawanan dengan hebat dan membuka tirai perlawanan dalam lima minit pertama perlawanan.

Gol tersebut dijaringkan oleh Trossard, yang telah menjaringkan gol ke-15 beliau untuk Arsenal musim ini.

Chelsea juga bernasib baik kerana keadaan tidak menjadi lebih teruk apabila Nicolas Jackson dapat mengelak menerima kad merah selepas mengasari Takehiro Tomiyasu.

Djordje Petrovic berjaya untuk menghalang dua percubaan gol Arsenal agar mereka tidak menggandakan kelebihan mereka pada separuh masa pertama.

Chelsea mempunyai peluang menyamakan kedudukan sebelum masa rehat tetapi Jackson sekali lagi membazirkan peluang tersebut.

Pada separuh masa kedua, gawang Chelsea mula dibolosi dengan mudah.

Pada minit ke-52, White menjaringkan gol melalui hantaran tendangan sudut yang tidak ditangani oleh Chelsea.

Havertz menjaringkan gol pertama beliau pada minit ke-57 melalui hantaran hebat Martin Odegaard.

Pemain kebangsaan Jerman itu mendapatkan gol kedua beliau dalam perlawanan ini dan gol ketujuh beliau dalam 14 perlawanan pada minit ke-65.

Ini merupakan malam yang Chelsea ingin lupakan kerana Jackson membazirkan peluang keemasan sekali lagi untuk menjaringkan gol walaupun beliau hanya berdepan dengan Raya.

Nasib Chelsea semakin teruk apabila percubaan White untuk menghantar bola termasuk ke dalam gawang Chelsea pada minit ke-70.

Kekalahan ini bermakna Chelsea menduduki tempat kesembilan EPL, tiga mata kurang daripada tempat kelayakan pertandingan Eropah.

Perlawanan seterusnya untuk Arsenal merupakan cabaran paling sukar mereka apabila mereka berdepan dengan Tottenham pada 28 April.

Jikalau Arsenal berjaya untuk menewaskan Tottenham, City perlu menang kesemua enam perlawanan mereka untuk memastikan mereka dapat mempertahankan piala EPL mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >