Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA: BRIGHTON LWN LIVERPOOL

Awas bahaya di padang!

Jan 29, 2023 | 05:30 AM



CODY GAKPO (LIVERPOOL)



PEMAIN yang berasal dari Belanda ini masih belum menjaringkan gol bagi Liverpool selepas beraksi dalam empat perlawanan tetapi beliau tetap telah menunjukkan mengapa beliau menjadi rebutan selepas Piala Dunia tahun lalu.



Dalam tempoh itu beliau telah membuat 12 percubaan gol, walaupun tiada yang menemui sasaran.



Semasa Liverpool menentang Chelsea pada hujung minggu lalu, Gakpo membuat tujuh percubaan gol tetapi hanya satu menemui sasaran.



Namun, Gakpo baru saja berusia 23 tahun dan sebelum berpindah ke Liverpool, telah menjaringkan 36 gol dalam tempoh lebih empat tahun dengan PSV Eindhoven.



Di Piala Dunia Qatar, Gakpo menjaringkan tiga gol bagi membantu Belanda mara ke pusingan kalah mati.



Gol bagi Gakpo untuk Liverpool akan datang. Mungkin masanya malam ini.




KAORU MITOMA (BRIGHTON)



TIDAK ramai yang mengenali pemain Jepun ini di awal musim, tetapi kini namanya menarik lebih banyak perhatian yang mungkin menandakan masanya dengan Brighton telah mencapai ke penghujung, dengan kelab-kelab lebih besar kini berminat membeli pemain ini.



Beliau pertama kali 'meledak' di bola sepak Eropah pada Oktober 2021, apabila dipinjamkan kepada Union Saint-Gilloise di Belgium.



Pada ketika itu, pasukannya sedang ketinggalan dua gol kepada Seraing dan beraksi dengan 10 pemain, tetapi Mitoma yang disertakan pada separuh masa kedua menjaringkan hatrik untuk memberikan kemenangan 4-2 bagi pasukannya.



Buat masa ini, Mitoma sedang 'meledak' di EPL pula.



Melebihi keupayaannya untuk menjaringkan gol, Mitoma adalah satu-satunya pemain EPL yang dalam senarai 10 pemain terbaik di Eropah paling boleh dijangka menjaringkan gol dan merintis peluang gol dalam masa 90 minit pada musim ini.



Bagi Liverpool, menyekat Mitoma mungkin satu cara untuk mengekang serangan Brighton pada malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >