Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bayern atasi Liverpool 4-3 dalam pesta gol di Stadium Negara

Aug 02, 2023 | 09:58 PM



Stadium Negara berpesta gol pada Rabu, apabila Liverpool dan Bayern Munich berentap dalam perlawanan penuh aksi yang menghidangkan tujuh gol.

Perlawanan berkesudahan 4-3, berpihak kepada Bayern, tetapi ‘pemenang’ utama ialah hampir 50,000 penonton yang memenuhi stadium.

Kelab Liga Perdana England (EPL) Liverpool kendalian Jurgen Klopp memulakan aksi dengan cemerlang apabila penyerang Cody Gakpo menembusi benteng pertahanan Bayern dan menjaringkan gol secara tenang seawal minit kedua perlawanan.

Kapten yang baru dilantik, Virgil Van Dijk kemudian menggandakan jaringan bagi Liverpool menerusi tandukan kemas pada minit ke-28.

Bagaimanapun, juara Bundasliga Jerman, Bayern bangkit semula sejurus sebelum waktu rehat dengan dua gol dalam tempoh sembilan minit.







Ia beraksi tanpa pemain barisan depan yang berpengalaman - dengan pemain muda, Mathys Tel, 18 tahun memimpin serangan selepas pemain asal Senegal, Sadio Mane berpindah ke Al-Nassr di Saudi, tetapi pemain midfield, Serge Gnabry dan Leroy Sane tampil untuk menjaringkan gol.

Tiga lagi gol mengundang separuh masa kedua.

Penyerang Luis Diaz mengheret Liverpool kembali mendahului perlawanan pada minit ke-66, tetapi pemain pertahanan Bayern Josip Stanisic berjaya menyamakan kedudukan 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Gol itu membuka tirai penghujung perlawanan yang rancak, di mana kededua pasukan cuba mendapatkan gol kemenangan.

Namun, Bayern berjaya menjaringkan gol penentu yang sekali gus membisukan penyokong Liverpool yang membentuk sebahagian besar daripada 49,993 penonton di stadium.

Rembatan pemain pertahanan muda Frans Kratzig, 20 tahun, pada masa tambahan memberikan Bayern kemenangan yang diburu.

Kekalahan Liverpool pada malam ini menamatkan rekod tanpa kalah mereka semasa pramusim.

Sebelum ke Singapura, Liverpool telah menang 4-2 semasa menentang Greuther Karlsruher dan kemudian disekat 4-4 oleh Greuther Furth.







Dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Singapura pada Sabtu, Liverpool membelasah kelab Championship dari England, Leicester City 4-0.

Liverpool seterusnya akan pulang ke England dan menamatkan persiapan pramusim mereka dengan satu perlawanan persahabatan menentang kelab Jerman, Darmstadt 98 pada 8 Ogos.

Ia memulakan kempen EPL musim 2023-24 mereka dengan pertemuan dengan Chelsea di Stamford Bridge pada 13 Ogos.

Sementara itu, Bayern kembali ke tanah air untuk satu perlawanan persahabatan dengan kelab Perancis, AS Monaco pada 7 Ogos.

Juara Bundesliga itu kemudian akan memburu trofi pertama musim ini dalam aksi final DFL-Supercup menentang juara DFB-Pokal, RB Leipzig pada 13 Ogos, sebelum mempertahankan gelaran liga mereka dengan perlawanan pembukaan berdepan Werder Bremen pada 19 Ogos.

Perlawanan itu sekali gus menutup tirai Pesta Bola Sepak Singapura, yang berlangsung sejak 25 Julai.

Minggu lalu, satu lagi kelab Liga Perdana England Tottenham Hotspur juga beraksi di sini berdepan pasukan Liga Perdana Singapura Lion City Sailors. Spurs menang 5-1. Gol tunggal Sailors dijaringkan oleh pemain nasional Shawal Anuar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >