Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Bina stadium baru keutamaan pemilik bersama United, Ratcliffe

Feb 26, 2024 | 05:30 AM



LONDON: Pemilik bersama Manchester United yang baru, Sir Jim Ratcliffe, berkata “keutamaannya” adalah untuk membina stadium baru untuk kelab itu yang bakal menjadi “kebanggaan di utara England” selain memenuhi lain-lain keperluan kesukanan negara.


United telah menjadikan Old Trafford dengan kapasiti 74,310 sebagai ‘rumah’ mereka sejak 1910, tetapi Ratcliffe akur stadium gah itu “tampak letih dan memerlukan pengubahsuaian”.

Sebuah stadium baru boleh dibina bersebelahan tapak sedia ada di Trafford Park.

“Sudah tiba masanya seseorang membina stadium nasional di utara England,” kata hartawan Britain itu.

Ratcliffe menambah projek berpotensi itu boleh menjadi “pemangkin untuk penjanaan semula” di selatan Manchester dan oleh itu akan menjamin “perbincangan” dengan kerajaan tentang kemungkinan memanfaatkan wang pembayar cukai.

Dalam wawancara pertamanya, dengan editor sukan BBC, Dan Roan, sejak menyelesaikan perjanjiannya untuk membeli 27.7 peratus kelab gergasi dunia itu, Ratcliffe menambah:


“Jika ia boleh dicapai, ia jelas menjadi keutamaan saya. Saya akan sangat teruja untuk utara England.”

Ratcliffe bercakap mengenai potensi stadium baru itu untuk menganjurkan perlawanan pasukan England dan separuh akhir Piala FA, kedua-duanya dilangsungkan di Wembley di London, serta final Liga Juara-Juara.

Beliau berkata terdapat keadaan “berat sebelah yang ketara” dari segi pelaburan di bahagian selatan England.

Old Trafford tidak dipilih untuk menganjurkan perlawanan di Euro 2028, dan kali terakhir mengadakan perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2003 apabila AC Milan menewaskan Juventus menerusi penentuan sepakan penalti.

Ratcliffe, 71 tahun, yang lahir di Manchester, menyempurnakan perjanjian untuk memiliki kepentingan dalam kelab bernilai kira-kira £1.25 bilion ($2.14 bilion) pada 19 Februari.

Perjanjian itu termasuk £237 juta untuk pelaburan masa depan termasuk bagi keperluan stadium.

Ratcliffe berkata, satu pilihan ialah untuk membaik pulih stadium yang dilengkapi 80-90,000 tempat duduk, tetapi ia “tidak akan sempurna” kerana tempoh pajakan tanah.

Bercakap mengenai pembinaan stadium baru, beliau berkata:

“Trafford Park adalah tempat di mana revolusi perindustrian bermula. Jika anda melihat wilayah Manchester hari ini – hanya satu batu dari pusat bandar – ia diabaikan dan kini agak lapuk.

“Terdapat sebab kukuh, pada pandangan saya, untuk menjana semula seluruh bahagian selatan Manchester itu.

“Tujuannya ialah membina stadium tercanggih bertaraf dunia yang baru yang boleh menganjurkan perlawanan England, final Piala FA, final Liga Juara-Juara. Ia boleh berkhidmat untuk penduduk di utara England.

“Terdapat keadaan berat sebelah di UK (United Kingdom) dari segi di mana stadium kebangsaan telah dibina – semuanya berada di selatan.

“Terdapat banyak perbincangan mengenai peningkatan tahap. HS2 (khidmat rel kereta api High Speed Two) telah dibatalkan dan semua yang akan dibelanjakan untuk rel rangkaian di London.

“Penduduk di utara membayar cukai mereka sama seperti penduduk di selatan.

“Mengapa tidak perlu ada tempat di utara England? Mengapa semua orang di utara perlu pergi ke selatan untuk menonton separuh akhir Piala FA?”

Ratcliffe berkata, sebuah pasukan bertindak yang memiliki pelbagai kepakaran akan dibentuk untuk meneliti kebolehlaksanaan stadium baru dan beliau telah mengadakan perbincangan dengan bekas kapten United, Gary Neville.

Apabila ditanya sama ada pembiayaan awam akan digunakan, beliau menambah: “Saya fikir, sebagai sebahagian daripada projek penjanaan semula, perlu ada perbincangan dengan kerajaan.

“Utara patut difikirkan begitu juga dengan selatan, saya fikir, jika ia adalah stadium nasional.”

Majlis Trafford telah membangunkan rancangan draf 15 tahun untuk penjanaan semula kawasan sekitar stadium, yang ditetapkan untuk ke perundingan awam.

Ia berkata kerja itu akan mewujudkan “tetapan bermutu tinggi untuk Manchester United semasa mereka membangunkan rancangan mereka untuk stadium bola sepak bertaraf dunia”.

Baru-baru ini, Manchester United dalam satu kenyataannya berkata cadangan tersebut “amat mengujakan”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >