WASHINGTON: Bekas pemain England dan Manchester United, Wayne Rooney, kelmarin berkata pemindahannya ke kelab bola sepak Amerika Syarikat D.C United, yang beraksi dalam Bola Sepak Liga Utama (MLS) Amerika, adalah "perubahan yang beliau sememangnya perlukan" dan "kena pada waktunya".
Penyerang berusia 32 tahun itu diumumkan D.C. United selepas beliau meninggalkan Everton dan bersetuju dengan syarat pasukan Amerika itu bagi tempoh tiga setengah tahun dan bernilai AS$13 juta ($17.8 juta) itu.