BEKAS bintang Liverpool dan Arsenal, Jermaine Pennant, akan meninggalkan Tampines Rovers di penghujung musim ini - menamatkan penglibatannya selama sembilan bulan dalam bola sepak Singapura.
Pengerusi Tampines, Krishna Ramachandra, mengesahkan bahawa kelab bergelar The Stags itu telah menawarkan kontrak baru yang lebih rendah nilainya tetapi ia ditolak oleh bintang berusia 33 tahun itu.