Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dominik Szoboszlai cepat tunjuk handal

Aug 27, 2023 | 05:32 AM



ANFIELD: Pada usia 22 tahun, ketibaan Dominik Szoboszlai dari RB Liepzig boleh dilihat sebagai satu projek masa depan Liverpool.


Namun, tiada yang menyangka beliau akan mendatangkan kesan begitu segera.

Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, menyatakan bahawa Szoboszlai adalah untuk masa kini dan masa depan Liverpool.

Szoboszlai juga mempunyai ‘debut’ (permainan kali pertama) yang mengagumkan di Anfield.

“Kita perlu kawal beliau sedikit kerana beliau berlari serata tempat. Beliau sepatutnya berfungsi sebagai posisi tengah,” jelas Klopp tentang apa yang boleh diperbaiki oleh Szoboszlai.

“Secara umum, prestasinya sungguh mengagumkan. Sumbangannya kepada gol ketiga sangat penting. Kita belum dapat melihat kebolehannya dengan betul, tetapi kita akan dapat melihatnya pada masa depan,” tambah Klopp.

Walaupun Szoboszlai tidak menjaringkan gol ataupun ‘assist’, keyakinannya membawa bola dan kreativitinya menimpakan masalah besar kepada Bournemouth.

Prestasinya mendapatkannya anugerah ‘man-of-the-match’ (pemain terbaik perlawanan).

Dengan pemergian Fabinho dan Jordan Henderson, ketibaan Szoboszlai memang tepat pada masanya.

Jika beliau kekalkan rentak prestasi seperti perlawanan di Bournemouth, keghairahan Klopp membawanya ke Liverpool dapat difahami.

Pada usia semuda itu, Szoboszlai berpotensi memainkan peranan utama di Liverpool untuk jangka panjang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >