BRAZIL dan peminat sukan bola sepak masih berkabung dek tragedi sebuah pesawat, yang turut membawa pasukan bola sepak Chapecoense Real, yang terhempas di pergunungan Colombia pada lewat Isnin lalu.
Pasukan tersebut dalam perjalanan ke Colombia bagi satu pertarungan menentang pasukan Atletico Nacional dalam perlawanan pertama final Copa Sudamericana.