Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

John Henry nafi Liverpool akan dijual

Beliau sedang cari pelaburan baru dalam kelab
Feb 22, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pemilik Liverpool John Henry telah menafikan bahawa kelab gergasi Liga Perdana England itu akan dijual walaupun sedang mencari pelaburan baru dalam kelab tersebut.



Fenway Sports Group (FSG) milik Henry telah berkata pada November bahawa ia akan "mempertimbangkan pemegang saham baru jika ia adalah untuk kepentingan terbaik Liverpool sebagai sebuah kelab".



Kenyataan itu mencetuskan spekulasi bahawa The Reds berada dalam pasaran bersama musuh tradisi, Manchester United.



"Saya tahu terdapat banyak perbualan dan petikan kata mengenai LFC (Kelab Bola Sepak Liverpool), tetapi saya akan menyatakan fakta," kata Henry kepada Boston Sports Journal dalam satu wawancara yang diterbitkan dalam talian pada Isnin.



"Kami hanya merasmikan proses yang berterusan. Adakah kita akan berada di England selama-lamanya? Tidak. Adakah kami akan menjual LFC? Tidak. Adakah kami sedang berbual dengan pelabur mengenai LFC? Ya."



"Adakah sesuatu akan berlaku di kelab itu? Saya percaya begitu, tetapi ia bukan penjualan kelab. Adakah kami telah menjual apa-apa dalam tempoh 20 tahun yang lalu?"



FSG - yang juga memiliki kelab gergasi besbol, Boston Red Sox - membayar £300 juta (S$482.28 juta) untuk Liverpool 13 tahun lalu, selepas rakan senegara dari Amerika Syarikat, Tom Hicks dan George Gillett meninggalkan kelab itu di ambang pentadbiran.



Di bawah pemilikannya, Liverpool telah kembali ke puncak permainan bola sepak England dan Eropah - memenangi Liga Juara-Juara 2019 dan merangkul mahkota Liga Perdana pertama kelab itu dalam 30 tahun pada 2020.



Forbes kini menilai Liverpool sekitar AS$4.45 bilion (S$5.95 bilion).



Bagaimanapun, FSG telah dikritik peminat kerana kekurangan pelaburan untuk mendapatkan pemain baru musim ini.



Liverpool menduduki tempat kelapan dalam Liga Perdana, 19 mata di belakang pendahulu Arsenal, dan sudah pun terkeluar daripada kedua-dua pertandingan Piala domestik.



Di sebalik kemerosotan prestasi itu, pengurus Jurgen Klopp telah menyokong pemilik kelab secara terbuka.



"Kami di sini dalam kedudukan yang baik. Saya tahu itu kedengaran pelik kerana kami tidak bermain bola sepak terbaik kami tetapi secara umumnya kami berada dalam pemilikan yang baik," kata beliau pada Januari.



"Kami benar-benar tahu tentang tanggungjawab yang kami ada dan kami benar-benar mencuba segala-galanya untuk cuba membawa pasukan kembali ke landasan yang tepat dan tidak berasa terlalu risau."



Sementara itu, United dijangka memperoleh harga rekod dunia untuk sebuah kelab bola sepak sekiranya penjualan Red Devils selesai dilaksanakan dalam beberapa bulan akan datang.



Jutawan British Jim Ratcliffe dan jurubank Qatar Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani telah secara terbuka mendedahkan minat mereka terhadap United dengan bidaan dijangka mencecah sekitar AS$6 bilion.



Chelsea kini memegang rekod jualan untuk sebuah kelab bola sepak selepas konsortium yang diketuai oleh pemilik bersama LA Dodgers Todd Boehly dan kumpulan ekuiti privet Clearlake Capital memenangi perang bidaan dengan membayar £2.5 bilion untuk The Blues pada Mei. - AFP.




"Adakah kami akan menjual LFC? Tidak. Adakah kami sedang berbual dengan pelabur mengenai LFC? Ya.



Adakah sesuatu akan berlaku di kelab itu? Saya percaya begitu, tetapi ia bukan penjualan kelab.



Adakah kami telah menjual apa-apa dalam tempoh 20 tahun yang lalu?"



- Pemilik Liverpool, John Henry.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >