Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kian jelas musim ini tangan kosong

Feb 27, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool pernah berada dalam keadaan terlalu sukar tetapi menemui jalan keluar daripada keadaan itu untuk meraih kejayaan.



Pada 2005, pasukan yang dipimpin Rafael Benitez berjaya bangkit selepas ketinggalan 0-3 kepada AC Milan dalam final Liga Juara-Juara Eropah untuk menjulang piala.



Empat tahun lalu, Juergen Klopp menyemarak semangat pasukan untuk menterbalikkan keputusan agregat 0-3 dengan Barcelona dari Nou Camp dan akhirnya mencatat kemenangan 4-0 di Anfield dalam separuh akhir pertandingan yang sama.



Namun, kali ini, anak didik Klopp kelihatan amat berbeza berbanding pasukan pada waktu itu.



Ia bukan sahaja terperuk di tangga kelapan Liga Perdana England, malah sebagai juara bertahan Piala FA dan Piala Liga, telah tersingkir daripada kededua pertandingan piala domestik.



Pada 2023, ia baru sahaja memenangi tiga daripada 10 perlawanan sejauh ini.



Bekas kapten England dan ikon Newcastle, Alan Shearer, berkata Liverpool yang kita lihat musim ini apabila dibandingkan dengan pasukan musim-musim lalu seperti langit dengan bumi.



"Mungkin kita sedang menyaksikan kesan fizikal dan mental dari musim lalu apabila Liverpool bersaing sehingga peringkat terakhir bagi empat kejohanan utama," kata Shearer, merujuk kepada persaingan Liverpool dalam EPL, Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA dan Piala Liga.



Liverpool diatasi Manchester City dalam EPL, sementara ia tewas kepada Real Madrid di final Liga Juara-Juara.



"Pemain mungkin terlampau keletihan dan Liverpool juga tidak mengeluarkan banyak pelaburan untuk membeli pemain baru.



"Apabila faktor-faktor ini digabungkan, kita boleh mencongak sedikit sebab kelemahan Liverpool musim ini.



"Tapi ramai yang akan bersetuju, walaupun selepas mengambil kira sebab-sebab itu, Liverpool pada musim ini kelihatan amat berbeza daripada pasukan Klopp yang lalu," kata Shearer.



"Setiap pemain - kecuali penjaga gawang - bak telah kehilangan 'form' dan mereka tidak dapat mencapai standard yang ditetapkan sendiri musim lalu.''



Bersependapat, bekas pemain Liverpool, Adam Lallana, berkata tiada keraguan usaha yang dicurahkan pada musim lalu telah menjejas prestasi Liverpool musim ini.



"Musim lalu, Liverpool beraksi dalam hampir semua perlawanan yang boleh disertainya... itu semestinya mempunyai kesan.



"Cabaran bagi setiap pemain adalah untuk mencungkil keberanian dan keinginan untuk mencapai tahap cemerlang yang dicapai sebelum ini," kata beliau lagi.



Dalam kekalahan 2-5 yang mengaibkan kepada Real di Anfield minggu lalu, Liverpool menguasai sebahagian lebih besar perlawanan dan membuat lebih banyak percubaan gol, tetapi statistik hanya menunjukkan sebahagian gambaran sebenar.



Selepas separuh pertama di mana kededua pasukan beraksi pada tahap yang seimbang, Liverpool jelas pasukan yang serba kekurangan selepas waktu rehat.



Cara mereka bertahan juga teruk, kata Shearer.



"Sejujurnya, saya prihatin selepas mereka menewaskan Newcastle dalam EPL kerana Newcastle tetap mencipta banyak peluang gol.



"Pertahanan Liverpool bak tidak mempunyai perisai di midfield yang wujud di musim-musim sebelum ini.



"Saya tahu, keadaan ini akan membawa padah apabila mereka bertemu dengan pasukan bertaraf lebih tinggi," kata Shearer.



Bekas kapten Liverpool Steven Gerrard berkata melepaskan lima gol sukar diterima bagi sebarang pasukan dan beliau yakin Klopp akan mengenal pasti kelemahan yang ada dan mencari huraiannya.



Buat masa ini, Liverpool hanya boleh bergantung pada sejarah untuk mencetus keputusan di luar jangkaan apabila bertandang ke Bernabeu pada 16 Mac nanti.



Namun, realitinya adalah mereka berdepan dengan Real yang belum tewas di kandang sendiri pada musim ini dan pasukan yang dibintangi bintang muda dan mapan yang berada dalam 'form' baik.



"Menterbalikkan keputusan 2-5 daripada perlawanan pertama begitu sukar dan hampir mustahil," kata Adam Lallana.



Shearer berkata:



"Real berpengalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan dalam perlawanan kedua. Sukar untuk menjangka mereka akan membiarkan kelebihan tiga gol dan tewas kepada Liverpool."




Liverpool dah pancit?



“Tapi ramai yang akan bersetuju, walaupun selepas mengambil kira sebab-sebab itu (keletihan), Liverpool musim ini amat berbeza daripada pasukan Klopp yang lalu.
Setiap pemain – kecuali penjaga gawang – bak telah kehilangan ‘form’ dan mereka tidak dapat mencapai standard yang ditetapkan sendiri musim lalu.’’
– Bekas kapten England dan ikon Newcastle Alan Shearer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >