Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peluang pemain muda tingkat kemahiran dan tanam inspirasi

Klinik Bola Sepak Yayasan LFC bagi kanak-kanak keluarga pendapatan rendah

Jul 31, 2023 | 06:53 PM



Yayasan LFC, yang merupakan badan amal rasmi Kelab Bola Sepak Liverpool, telah bergabung tenaga dengan Rangkaian Sukan Masyarakat Woodlands dan Marsiling serta ActiveSG untuk mengadakan satu klinik bola sepak bagi pemain muda.

Ia sebahagian daripada acara kemasyarakatan sempena kehadiran kelab gergasi bola sepak Liga Perdana England itu di sini bagi Festival Bola Sepak Singapura.

Acara yang berlangsung sekitar dua jam di Stadium Woodlands pada Isnin itu menyaksikan penyertaan seramai 56 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dari kawasan Woodlands dan Marsiling.

Berusia antara lima dengan 13 tahun, mereka memaparkan bakat masing-masing semasa berlangsungnya klinik tersebut.

Klinik bola sepak ini bertujuan menyediakan peluang kepada si cilik mempertingkat kemahiran, mempelajari daripada para jurulatih Akademi LFC, serta mendapat inspirasi daripada “keluarga LFC”.

Satu kenyataan Kelab Masyarakat Woodlands menyatakan, dengan berbuat demikian, ia dapat memberi dorongan kepada kanak-kanak tersebut untuk mengatasi cabaran selain belajar, memimpin dan terus berjaya.

Ia juga satu peluang yang jarang diperolehi kanak-kanak tersebut iaitu bertemu dengan para jurulatih LFC, kata kenyataan itu lagi.

Antara lain mereka dibimbing oleh jurulatih Akademi LFC bagi mempertingkat kebolehan teknikal serta pemahaman taktikal mereka berkaitan permainan tersebut.

Turut serta dalam acara tersebut adalah Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Marsiling, serta Penasihat GRO Woodlands, Cik Mariam Jaafar.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Singapura, Cik Kara Owen, dan para wakil Suruhanjaya Tinggi Britain turut hadir di acara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >