Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Klopp minta maaf Liverpool tewas kepada Everton

Kekalahan 2-0 nampaknya hancurkan impian The Reds julang mahkota Liga Perdana England (EPL) musim ini
Apr 25, 2024 | 10:48 AM



LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, meminta maaf kepada penyokong selepas kekalahan 2-0 kelab itu kepada Everton – yang boleh dianggap telah menghancurkan impian The Reds menjulang mahkota Liga Perdana England (EPL) musim ini.

“Saya hanya boleh meminta maaf kepada semua di atas persembahan hari ini. Semua yang bersama kami tahu betapa sukarnya ia buat kami. Kami sepatutnya melakukan dengan lebih baik tetapi tidak,” kata Klopp berkenaan peluang pasukannya merebut kejuaraan liga musim ini.

Jarrad Branthwaite dan Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol untuk kemenangan Everton dalam perlawanan pada 24 April itu di Goodison Park, yang bergema dengan nyanyian ‘Anda tewas liga di Goodison Park’ oleh penyokong tuan rumah selepas perlawanan berakhir.

Ia adalah kemenangan pertama The Toffees dalam derbi Merseyside di laman sendiri sejak 13 tahun lalu, sekali gus menghalang Liverpool menyamai kutipan mata Arsenal di puncak liga.

Anak buah Klopp kini di tangga ketiga, tiga mata di belakang The Gunners dengan baki empat perlawanan.

Juara bertahan, Manchester City, kekal di landasan terbaik untuk memenangi EPL kali keempat berturut-turut.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu ketinggalan empat mata di belakang anak buah Mikel Arteta tetapi mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Liverpool akan bertandang ke West Ham pada 27 April. Tottenham Hotspur, Aston Villa dan Wolverhampton akan menyusul pada baki tiga perlawanan terakhir. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >