Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Laporan bidaan Sheikh Jassim beli Man Utd adalah tidak benar: media Britain

Jun 14, 2023 | 07:56 PM



LONDON: Identiti pemilik baru Manchester United masih menjadi tanda tanya walau beberapa media di Qatar berkata bidaan banker Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al-Thani untuk membeli kelab Liga Perdana England itu telah diterima.


Sebaliknya wartawan daripada akhbar Daily Mail, Mike Keegan, yang rapat dengan sumber dalam proses penjualan, melaporkan pada hujung minggu bahawa kedua-dua Sheikh Jassim dan jutawan Britain, Jim Ratcliffe, baru sahaja memuktamadkan tawaran masing-masing.

Keegan juga melaporkan bahawa pembida pilihan akan diumumkan minggu ini.

Buat masa ini, adalah dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Ineos, Jim Ratcliffe sedang mendahului perlumbaan untuk mengambil alih Manchester United. Bagaimanapun, pengerusi Qatar Islamic Bank, Sheikh Jassim, membuat tawaran yang lebih baik minggu lalu.

Nilai bidaan kedua-dua pihak masing-masing adalah sekitar £5-6 bilion ($8.4-10.1 bilion) – angka ini hanya spekulatif kerana kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian yang tidak boleh didedahkan mengikut undang-undang.

Buat masa ini, United masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Sheikh Jassim berkata beliau mahu membeli 100 peratus kelab Liga Perdana England itu, manakala Ratcliffe bersedia membenarkan pemilik bersama kelab itu, Joel dan Avram Glazer, mengekalkan 20 peratus pemilikan.

Pada Isnin, akhbar Qatar, Al-Watan melaporkan Sheikh Jassim telah berjaya membeli kelab itu.

Al-Watan mengeluarkan satu catatan di Twitter bahawa bidaan Sheikh Jassim adalah satu lambang “kejayaan” dan “pengumuman perjanjian akan berlaku tidak lama lagi”.

Tambahan, editor Al-Watan, Fahad Al-Emadi, berkongsi satu mesej yang sama.

“Semua berita yang diterima menunjukkan kejayaan Sheikh Jassim mengambil alih Manchester United, dan pengumuman perjanjian itu akan dibuat tidak lama lagi,” katanya.

Zaid Al-Hamdan, pengerusi kumpulan perundingan politik Aramsite Group yang beribu pejabat di Doha, turut mengucapkan tahniah kepada Sheikh Jassim tidak lama selepas catatan Twitter Al-Watan, walaupun tiada pengumuman rasmi.

“Tahniah kepada Shaikh Jassim... atas pembelian @ManUtd,” kata Zaid Al-Hamdan di Twitter.

Ketika berita itu sampai ke media Britain pada hari Selasa, wartawan yang sama ada rapat dengan Manchester United atau proses bidaan menegaskan bahawa kedua-dua pembida masih belum dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh keluarga Glazer.

Wartawan Simon Stone dari BBC berkata bahawa sumbernya telah “memperkecilkan ketepatan” laporan daripada Qatar, manakala wartawan Ben Jacobs dari CBS Sports melaporkan bahawa “tiada apa yang dijangkakan dalam beberapa hari akan datang”.

Beberapa jam kemudian, laman web The Athletic mendakwa bahawa laporan dari Al-Watan nampaknya berasal dari akaun Twitter di Wales yang melakukan penstriman haram perlawanan bola sepak.

Al-Watan kemudiannya tersilap mempromosikannya sebagai sumber yang sah.

Walau bagaimanapun, beberapa sumber di Britain berkata ada kemungkinan pengumuman penjualan itu mungkin “berlaku tidak lama lagi”.

Pada hari Selasa, saham United melonjak sebanyak 31 peratus pada awal dagangan pra-pasaran berikutan laporan bahawa Sheikh Jassim berkemungkinan berjaya dalam bidaannya.

Tetapi sebaik sahaja pasaran dibuka, nilai saham tersebut kemudian melonjak 13 peratus, mencecah paras tertinggi sejak dua bulan lepas.

Oleh kerana bidaan Sheikh Jassim adalah untuk membeli 100 peratus kelab itu, ada yang menganggap lonjakan kepada nilai saham itu sebagai petunjuk bahawa beliau sememangnya pemilik baru United kerana harga saham adalah pengukur kemungkinan kemenangan Qatar. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >