Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Eropah: Man U tundukkan Fenerbahce 4-1

Oct 21, 2016 | 07:31 AM



MANCHESTER: Paul Pogba menjaringkan dua gol apabila Manchester United menguatkan kempen Liga Europa mereka dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas gergasi Turkey, Fenerbahce, pada Khamis (20 Okt).



Pemain tengah Perancis itu menjaringkan gol melalui penalti dan tendangan jarak jauh, sementara Anthony Martial, juga menerusi penalti, dan Jesse Lingard turut menyumbang gol bagi memastikan kemenangan yang meletak pasukan Jose Mourinho di bahagian atas Kumpulan A bersama Feyenoord dengan enam mata.



Fenerbahce merapatkan jurang melalui gol lewat oleh bekas penyerang United, Robin van Persie, yang memanfaatkan bola hantaran Emanuel Emenike, dan dihadiahkan dengan tepukan dari semua empat penjuru Old Trafford.



Kemenangan itu membuktikan kewajaran tindakan Mourinho membuat tujuh pertukaran terhadap pasukan yang seri 0-0 dengan Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.



Antara pemain yang digugurkan ialah Zlatan Ibrahimovic, Ander Herrera dan Marcus Rashford.



Namun, kapten Wayne Rooney, yang digugurkan dalam tiga perlawanan terakhir United, kembali di depan untuk menghadapi Fenerbahce. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >