Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool hilang khidmat Jota beberapa bulan dek cedera

Feb 21, 2024 | 11:42 AM



LONDON: Tonggak serangan Liverpool, Diogo Jota, tidak dapat beraksi beberapa bulan dek kecederaan lutut yang dialaminya semasa pasukannya menewaskan Brentford 4-1 pada 17 Februari.


Demikian dinyatakan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menjelang perlawanan Liga Perdana England (EPL) pasukannya menentang Luton Town pada 22 Februari.

Jota dibawa keluar menggunakan pengusung sejurus sebelum separuh masa pertama selepas pemain tengah Brentford, Christian Norgaard, tersandung kaki Jota.

“Mengenai Diogo, jelas bahawa ia akan mengambil masa berbulan-bulan,” kata Klopp.

Menurut laporan media Portugal, negara asal Jota, pemain itu terpaksa berehat sekitar dua bulan.

Bagaimanapun, ia menambah bahawa beliau dijangka kembali beraksi sebelum musim EPL tamat dan sebelum kejohanan Euro 2024 pada Jun.

Dalam satu hantaran di media sosial, Jota berkata: “Sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Saya akan berusaha untuk kembali (beraksi) secepat mungkin.”

Beliau menjaringkan 14 gol dalam 28 penampilan buat Liverpool musim ini.

Jota akan terlepas perlawanan akhir Piala Carabao menentang Chelsea pada 25 Februari

Dalam perlawanan menentang Brentford, beliau mencipta gol pembukaan Liverpool yang dijaringkan Darwin Nunez sebelum digantikan akibat kecederaannya.

Selain Jota, Curtis Jones turut mengalami kecederaan dalam perlawanan Brentford, manakala Nunez digantikan pada separuh masa sebagai langkah berjaga-jaga.

Penjaga gawang, Alisson Becker, terlepas perlawanan tersebut selepas beliau mengalami ketidakselesaan semasa latihan sehari sebelum perlawanan tersebut.

Klopp berkata Jones mengalami kecederaan ligamen tulang, manakala Becker tidak diturunkan kerana masalah otot dan beliau tidak dapat memberikan jangka masa mereka akan kembali cergas.

Kedua-dua pemain akan terlepas kunjungan ke Luton Town.

Liverpool masih tanpa pemain pertahanan Trent Alexander-Arnold kerana kecederaan lutut serta pemain midfield Dominik Szoboszlai dan Thiago Alcantara – masing-masing mengalami kecederaan hamstring dan otot. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >