Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool tidak boleh leka apabila jumpa Chelsea dalam perlawanan akhir

Jan 25, 2024 | 02:47 PM



FULHAM: Liverpool tidak boleh leka selepas mereka menewaskan Fulham untuk mara ke peringkat akhir Piala Carabao menentang Chelsea, kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.


Liverpool mendahului 2-1 daripada perlawanan pertama mereka dan keputusan seri di Craven Cottage cukup untuk melayakkan mereka ke perlawanan akhir di Wembley pada 26 Februari.

Luis Diaz meletakkan Liverpool di hadapan semasa awal perlawanan, dengan percubaannya hasil hantaran Jarell Quansah, berjaya menewaskan penjaga gawang Fulham, Bernd Leno dengan mudah.

Pasukan bimbingan Marco Silva juga mempunyai detik-detik perlawanan yang hebat dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Issa Diop.

Satu lagi jaringan Fulham akan membawa perlawanan itu ke masa tambahan, tetapi percubaan Wilson daripada jarak jauh diselamatkan oleh penjaga jawang Liverpool, Caoimhin Kelleher.

Fulham tidak berjaya mendapatkan gol yang mereka perlukan dan terpaksa menunggu lagi untuk melangkah ke peringkat akhir Piala Carabao pertama mereka.

“Anda patut melihat bilik persalinan – para pemain muda kami sangat gembira,” kata Klopp kepada pihak media.

“Stadium (Wembley) akan dipenuhi baju biru dan merah dan itu perkara yang bagus.”

“Untuk ke sini dan mara ke pusingan seterusnya sangat istimewa. Kami tidak boleh mengambil remeh tentang perkara sebegini,” tambah beliau.

Kededua pasukan akan terlibat dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA pada 28 Januari, di mana Fulham akan menentang Newcastle dan Liverpool akan menentang Norwich di tempat sendiri.

Chelsea melayakkan diri mereka ke perlawanan akhir di Wembley pada 24 Januari dengan kemenangan 6-1 atas Middlesbrough, yang memenangi perlawanan pertama mereka 1-0.

Walaupun Fulham mempunyai beberapa gerakan hebat, Liverpool kelihatan selesa hingga ke minit ke-75 dan sepatutnya mendapatkan lebih banyak gol, tetapi mereka berjaya bertahan hingga ke akhir perlawanan.

Liverpool mencatat rekod untuk ke perlawanan akhir bagi piala ke-14 mereka dan hanya memerlukan 90 minit lagi untuk menghampiri peluang menjulang trofi, selepas tidak meraih sebarang trofi pada musim 2022-23.

Klopp telah membina pasukan baru yang hebat, dan harapan pasukan yang kini berada di puncak Liga Perdana itu adalah untuk mendapatkan tiga trofi tempatan masih berterusan.

Mereka hanya tewas sekali sepanjang musim buat masa sekarang, kepada Tottenham dalam Liga Perdana pada 1 Oktober. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >