Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA CARABAO

Liverpool tundukkan Fulham 2-1 dalam separuh akhir pertama

Jan 11, 2024 | 12:07 PM



LIVERPOOL: Curtis Jones dan Cody Gakpo menjaringkan gol pada separuh masa kedua ketika Liverpool ketinggalan satu gol, sebelum kembali menewaskan Fulham 2-1 dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga di Anfield pada pagi 11 Januari.


Fulham mendahului pada separuh masa pertama dengan gol pemain sayap Willian pada minit ke-19 dan kemudian seperti menyerah penguasaan bola kepada Liverpool dan berharap untuk melakukan serangan balas.

Namun pasukan bimbingan Jurgen Klopp kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi Jones, sebelum Gakpo menjadikan permainan berpihak kepada Liverpool pada minit ke-71 menerusi jaringannya.

“Ia merupakan daya pemikiran kuat dalam pasukan dan kelab ini, teruskan berjuang dan tidak kira apa yang berlaku. Jika kami mempunyai daya pemikiran sedemikian, banyak perkara boleh berlaku,” kata Gakpo.

Fulham mengancam untuk memberi Liverpool, yang merupakan pemenang Piala Liga sembilan kali, kekalahan pertama mereka di tempat sendiri dalam semua pertandingan musim ini selepas Willian menjaringkan gol pembukaan.

“Ia bukan permainan terbaik kami... Saya memberitahu anak buah saya bahawa kami hanyalah manusia biasa,” kata Klopp.

Liverpool, yang mendahului Liga Perdana England (EPL), menguasai kawalan bola dan akhirnya berjaya mengatasi barisan belakang Fulham yang tersusun rapi apabila Jones merembat masuk golnya dari jarak 25 meter.

Pemain gantian Gakpo, yang telah menjaringkan gol dalam keempat-empat perlawanan Piala Liga yang disertainya untuk Liverpool, meletakkan tuan rumah di hadapan dengan golnya apabila beliau menerkam hantaran lintang Darwin Nunez, sekali gus melebarkan rekod luar biasa di tempat sendiri musim ini kepada 14 kemenangan dan dua seri.

“Pada separuh masa pertama ia sukar, kami mempunyai lebih banyak penguasaan bola tetapi tidak dapat menjaringkan gol, dan pada separuh masa kedua kami berjaya mengubah keadaan itu.

“Penyokong kami meninggalkan stadium dengan senyuman di wajah mereka jadi saya gembira,” kata Jones.

Liverpool mempunyai 21 percubaan berbanding enam daripada Fulham, tetapi usaha Gakpo dan Nunez pada separuh masa kedua membawa perbezaan kepada garis markah perlawanan itu.

“(Jones) mendapat gol yang sangat penting untuk kami dan selepas itu saya rasa kami benar-benar mendominasi, bukan sahaja dengan penguasaan bola malah mencipta peluang dan kemudian menjaringkan gol kedua, jadi saya gembira.

“Saya suka bermain dengan pemain-pemain ini. Kami menunjukkan daya pemikiran yang baik dan perlu meneruskan usaha ini kerana ia hanya pusingan pertama perlawanan ini,” tambah Gakpo.

Perlawanan itu menandakan kemenangan ketujuh Liverpool selepas meloloskan gol pertama dalam semua pertandingan musim ini.

Ia merupakan jumlah paling banyak daripada mana-mana pasukan dalam empat liga teratas England pada musim 2023/2024.

Liverpool kehilangan pemain bintang Mohamed Salah, penjaring terbanyak EPL musim ini, yang kini sedang bermain untuk Mesir dalam Piala Negara-Negara Afrika.

Liverpool juga kehilangan bek kanan, Trent Alexander-Arnold, yang mengalami kecederaan lutut ketika menentang Arsenal dalam pusingan ketiga Piala FA pada 8 Januari.

Klopp memuji prestasi “luar biasa” Conor Bradley, 20 tahun, yang memulakan perlawanan di posisi bek kanan dan menggantikan Alexander-Arnold.

Liverpool akan bertandang ke Craven Cottage untuk pusingan kedua separuh akhir pada 24 Januari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >