Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City kejar Arsenal di puncak EPL

Apr 29, 2024 | 03:12 PM



MANCHESTER: Erling Haaland menandakan kepulangannya dengan satu gol ketika Manchester City mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana England (EPL), Arsenal, selepas menewaskan Nottingham Forest 2-0 pada 28 April.


Penyerang Norway itu, yang terlepas dua perlawanan kerana kecederaan sebelum ini, memasuki padang sebagai pemain gantian pada minit ke-62 di Stadium City Ground.

Golnya itu adalah yang ke-21 dalam musim ini.

Haaland yang biasanya menggunakan kaki kirinya, kali ini menjaringkan gol dengan kaki kanan sembilan minit selepas menggantikan pemain sayap, Jack Grealish.

Ini memastikan kemenangan City atas Nottingham dan merapatkan jurang mata dengan Arsenal kepada hanya satu mata.

City kini mempunyai 79 mata dan berada di tempat kedua EPL, manakala Arsenal memperolehi 80 mata dan mendahului liga.

Namun, City masih mempunyai satu perlawanan lagi.

Kelab itu mendahului perlawanan pada minit ke-32 apabila bek kiri, Josko Gvardiol, menanduk masuk hantaran sudut pemain tengah, Kevin de Bruyne.

Gol itu berlaku ketika bek kanan Forest, Neco Williams, menerima rawatan di luar padang selepas mengalami kecederaan.

Pemain Wales itu kemudian digantikan pemain Argentina, Gonzalo Montiel.

Walaupun anak buah Pep Guardiola mempunyai kelebihan atas Arsenal kerana mereka mempunyai satu perlawanan lagi, mereka perlu menang kesemua empat baki perlawanan untuk merangkul rekod kemenangan keempat EPL berturut-turut.

City kelihatan tidak selesa apabila mereka menentang Forest di padang lawan, dengan pasukan tuan rumah menghasilkan beberapa peluang yang hampir-hampir membawa kepada gol.

Namun, Forest gagal menjaringkan gol daripada peluang tersebut.

Berdasarkan prestasi, adalah sukar untuk mempercayai bahawa Forest, yang dikendali pengurus, Nuno Espirito Santo, kini hampir tersingkir ke Liga Championship, dengan mempunyai hanya satu mata di luar zon penyingkiran EPL.

City hanya dapat menyaksikan Arsenal merai kemenangan atas Tottenham untuk meluaskan jurang di atas liga kepada empat mata pada hari sama – sebelum mereka menentang Forest beberapa jam kemudian.

Adalah wajar mereka berasa lega apabila Liverpool, yang berada di tempat ketiga EPL, hanya mampu seri 2-2 dengan West Ham, menyebabkan mereka berkemungkinan besar tidak lagi berpeluang merebut gelaran EPL.

City berdepan Forest tanpa pemain bintang, Phil Foden dan pemain pertahanan, Ruben Dias, disebabkan kesakitan.

Terdapat lebih banyak kebimbangan apabila penjaga gol, Ederson, terpaksa digantikan oleh Stefan Ortega pada separuh masa selepas beliau mengalami kecederaan bahu akibat pertembungan dengan pemain pertahanan Forest, Willy Boly.

Ini kerana Ederson baru sahaja kembali pulih akibat masalah otot.

Penjaga gol Brazil itu kemudian meninggalkan stadium dengan tangan kirinya dalam anduh.

Pemain tengah, Mateo Kovacic, menggantikan Jeremy Doku pada separuh masa kerana Guardiola mahu mengawal kawasan tengah padang.

Walaupun City tidak mempamerkan persembahan terbaik, mutu kelab itu akhirnya menyerlah dengan pemain bintang De Bruyne memberi ‘assist’ (pembuka laluan) untuk kededua gol.

Pemain Belgium itu kini telah memberi 14 ‘assist’ dalam semua pertandingan musim ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >