Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man U hampir dimalukan Sheffield

Red Devils terpaksa bangkit selepas ketinggalan dua kali untuk menang 4-2 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL)
Apr 25, 2024 | 11:04 AM



MANCHESTER: Bruno Fernandes menyelamatkan Manchester United daripada dimalukan Sheffield United apabila dua golnya memberikan kemenangan 4-2 dalam aksi Liga Perdana England (EPL) di Old Trafford.

Skuad kendalian Erik ten Hag dua kali ketinggalan menentang kelab tercorot liga itu sebelum Fernandes mencetus kebangkitan pada babak kedua untuk meredakan tekanan ke atas pengurus dari Belanda itu.

Jayden Bogle meletak The Blades di depan dan walaupun Harry Maguire menyamakan kedudukan sebelum rehat, Ben Brereton Diaz menambah jaringan untuk pelawat pada awal babak kedua.

Fernandes sekali lagi memadamkan kelebihan Sheffield, kali ini menerusi sepakan penalti sebelum pemain tengah Portugal itu meletak United di depan ketika permainan berbaki sembilan minit.

Rasmus Hojlund meledakkan gol keempat United bagi memastikan kemenangan liga pertama mereka dalam lima perlawanan sejak menewaskan Everton pada 9 Mac.

“Saya rasa kami bermain agak baik, mencipta banyak peluang. Banyak aspek positif, tetapi masih ada yang negatif.

“Dibolosi dengan mudah dua kali, ia sukar diterima. Saya gembira dengan kemenangan ini. Anda nampak keadaan panik? Tidak sama sekali. Kami amat tenang. Kami perlu belajar daripada ini,” kata ten Hag.

Sekurang-kurangnya ten Hag boleh menarik nafas lega seketika sebelum United, yang berada di tangga keenam liga, berusaha menyelamatkan kempen mereka musim ini dengan memenangi Piala FA dan layak ke Liga Europa musim depan.

Sheffield berada 10 mata di bawah garis penyingkiran dengan hanya tinggal empat perlawanan musim ini. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >