Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mason Mount dijangka jadi ‘jentera’ kreatif di midfield Man Utd

Jun 30, 2023 | 04:29 PM



LONDON: Mason Mount bakal berpindah ke Manchester United dengan perjanjian bernilai £55 juta ($94 juta), selain bayaran tambahan bernilai £5 juta.


Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, sedang berusaha untuk menyuntik semangat baru ke dalam pasukannya dan pemain England berusia 24 tahun itu adalah pemain pertama yang akan menyertai United dalam jendela perpindahan ini.

Adalah difahamkan ten Hag menghargai keupayaan Mount sebagai pemain serba boleh. Beliau mampu beroperasi sebagai pemain tengah atau bermain di sayap kanan dan kiri.

United mempunyai pemain berkebolehan lain seperti Alejandro Garnacho, Jadon Sancho, Antony dan Marcus Rashford dan ten Hag tidak kekurangan pemain yang boleh bermain di sayap.

Namun pemerhati bola sepak berkata Mount boleh menjadi pengganti Christian Eriksen yang sudah meningkat usia dan juga Marcel Sabitzer yang pulang ke Bayern Munich berikutan tempoh pinjamannya yang telah lamat.

United boleh menggunakan kreativiti Mount dan mengerahkannya di bahagian midfield.

Sejak penampilan sulungnya di Liga Perdana England pada Ogos 2019, Mount telah membuat 195 penampilan, menjaringkan 33 gol, dan memberi 22 assist untuk Chelsea.

Mount membantu Chelsea memenangi Liga Juara–Juara pada 2021, dengan memberi assist kepada Kai Havertz yang menjaringkan gol kemenangan.

Beliau juga mempunyai pingat Piala Dunia Kelab Fifa dan Piala Super UEFA dalam koleksinya.

Musim terbaiknya untuk Chelsea ialah pada musim 2021–2022, di mana beliau menjaringkan 13 gol dalam semua pertandingan.

Mount juga mencipta 58 peluang untuk rakan sepasukannya pada musim 2021–2022, jumlah tertinggi dalam skuad Chelsea pada musim itu.

Tetapi seperti ramai pemain Chelsea lain, Mount tidak menunjukkan kaliber dan form terbaiknya musim lalu.

Bagaimanapun, bekas pengurusnya, Frank Lampard, menganggapnya sebagai pemain bermutu.

“Jika sesiapa yang berpendapat bahawa Mason Mount bukan seorang pemain peringkat tertinggi maka saya tidak pasti apa yang mereka tahu tentang bola sepak,” kata Lampard pada April.

“Anda boleh bertanya kepada Thomas Tuchel, anda boleh bertanya kepada Gareth Southgate, anda boleh bertanya kepada Graham Potter. Jelas sekali Mount adalah pemain bermutu.

“Perkara pertama yang seorang pemain bermutu perlu ada ialah keinginan untuk berjaya dan bermain, dan ia jelas sejak hari pertama saya mengenalnya yang Mount mempunyai keinginan itu.”

Sentimen Lampard selaras dengan pandangan bos England, Gareth Southgate, yang telah memberikan Mount kesempatan bermain 36 kali atau ‘caps’, termasuk empat permainan dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Mount adalah pemain luar biasa. Beliau mencari ruang dengan bijak, mengawal bola dengan baik, memberi assist dan menjaringkan gol,” kata Southgate. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >