Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Danelle Tan bantu Dortmund juarai liga wanita Jerman peringkat kelima

Pemain S’pura beraksi dalam 15 daripada 18 perlawanan, sumbang 13 gol
Apr 23, 2024 | 02:27 PM



Selama bertahun-tahun, penyokong setia pasukan Borussia Dortmund yang membentuk ‘Tembok Kuning’ telah menyaksikan beberapa pencapaian yang sukar dilupakan dalam sejarah pasukan liga Jerman Bundesliga itu.

Pada 21 April, lebih 80,000 peminat di Signal Iduna Park bertambah meriah apabila pasukan bola sepak wanita Dortmund, yang turut menampilkan pemain bola sepak Singapura, Danelle Tan, memenangi kejuaraan Landesliga peringkat kelima dan dinaikkan ke liga Westfalenliga peringkat keempat.

“Kami bergegas ke jurulatih untuk pergi ke perlawanan pasukan lelaki menentang Bayer Leverkusen. Selepas itu. kami berjalan di padang dan meraikan bersama penyokong Tembok Kuning. Ia memberi satu perasaan yang sukar digambarkan,” kata Tan sambil ketawa.

Pemain berusia 19 tahun itu sewajarnya berbangga dengan persembahan baiknya dalam pasukan wanita Borussia Dortmund, iaitu Borussia Dortmund Frauen (BVB Frauen), yang menikmati peningkatan tiga kali berturut-turut dalam tiga tahun, selepas menewaskan SV Fortuna Freudenberg II 2-0 di tempat lawan pada 21 April.

Dengan pencapaian itu, Tan menjadi warga Singapura pertama menjulang gelaran liga di Eropah, lapor The Straits Times.


Namun, Tan tidak menganggapnya sebagai gelaran Eropah kerana “ia bukan peringkat teratas”, sambil menambah: “Saya melihatnya lebih sebagai satu dorongan dan kemajuan ke arah matlamat akhir mencapai Frauen-Bundesliga.”

Namun, beliau memainkan peranan penting dalam peningkatan pasukan tersebut.

Beliau beraksi dalam 15 daripada 18 perlawanan dan menyumbang 13 gol, membolehkan Dortmund memenangi liga tersebut dengan baki lima perlawanan.

Dengan 18 kemenangan dan satu seri yang mengagumkan dan jaringan 93 gol berbanding hanya lima yang dijaringkan lawan mereka, Dortmund mempunyai kelebihan 17 mata yang selesa melebihi TV Brechten di tempat kedua.

Kemenangan 4-1 mereka di tempat sendiri ke atas Brechten di Stadion Rote Erde pada 14 April menarik rekod kelab 4,731 peminat.

Tan turut meninggalkan kenangan indah setelah berjaya menjaringkan dua hatrik buat Borussia Dortmund ketika menentang SV Hohenlimburg dalam penampilan sulungnya di Stadion Rote Erde di depan ibu bapanya, dan sekali lagi ketika menentang Borussia Droschede dalam perlawanan pertamanya selepas berehat kerana kecederaan ringan pada pinggulnya.

Mengimbas kembali, Tan, pemain pasukan Lioness yang menyertai 21 permainan dan menjaringkan empat gol antarabangsa, berkata:

“Ayah, ibu dan adik perempuan saya berada di sana ketika kami menewaskan Freudenberg.

“Memenangi liga ini dan meraih peningkatan adalah satu pencapaian penting, dan lebih seronok lagi apabila keluarga saya turut menyaksikan dari tempat penonton,” ujarnya.

Beliau juga berasa “lebih matang” sejak menolak tawaran biasiswa daripada Kolej William and Mary (W&M) di Virginia, Amerika Syarikat, untuk menjadi rakyat Asia pertama menandatangani kontrak untuk bermain dalam pasukan BVB Frauen pada Jun 2023.

Bapanya, Encik Tan Meng Wei, berkata: “Dia sentiasa positif tentang segala-galanya dan kami bangga melihat cara dia begitu mudah menyesuaikan diri untuk tinggal di Jerman.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >