Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemergian Bobby Charlton satu kehilangan besar bagi bola sepak dunia

Legenda Manchester United dan England meninggal dunia Sabtu pada usia 86 tahun
Oct 23, 2023 | 04:08 PM



ENGLAND: Dunia bola sepak bersatu hati memberi penghormatan kepada legenda kelab Manchester United dan pasukan negara England, Sir Bobby Charlton, 86 tahun, yang meninggal dunia pada Sabtu.


Charlton, yang “pergi dengan aman pada awal pagi” selepas disahkan menghidap demensia pada 2020, menjulang tiga kejuaraan liga, Piala FA dan Piala Eropah dalam kerjaya cemerlang selama 17 tahun di Old Trafford.

Beliau juga menjaringkan 49 gol dalam 106 penampilan untuk Three Lions, nama gelaran bagi England, dan paling utama membantu pasukan negara itu memenangi Piala Dunia pada 1966.

“Bagi saya, beliau adalah pemain terbaik England,” kata bekas penyerang England, Gary Lineker kepada BBC Radio 5 Live.


“Anda hanya boleh menilai pemain yang pernah anda lihat dalam hidup anda dan saya cukup bertuah melihat beliau bermain ketika saya masih muda. Charlton adalah salah seorang wira saya, salah satu daripada wira kepada ramai orang.

“Saya sentiasa gugup dan kagum dengannya, tetapi beliau begitu lembut sebagai seorang lelaki, beliau sentiasa menenangkan anda. Beliau sentiasa baik.

“Beliau unik. Ke mana sahaja anda pergi di dunia, walaupun mereka tidak bercakap bahasa itu, mereka tahu dua perkataan iaitu Bobby Charlton,” kata Lineker.

Semasa bermain bersama Denis Law dan George Best, Charlton menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 pada masa tambahan ketika United menentang Benfica pada perlawanan akhir Piala Eropah dalam 1968.

Beliau adalah penjaring terbanyak England sehingga 2015, sebelum Wayne Rooney mengatasi jumlah 49 gol yang diraih penyerang kelahiran Ashington itu.

Mantan penyerang Newcastle dan England, Alan Shearer, berkata:

“Jika anda tidak menonton perlawanan bola sepak dan tidak melihatnya bermain, anda hanya akan melihatnya sebagai lelaki biasa. Saya tidak fikir anda akan pernah mendengar sesiapa berkata buruk mengenai dirinya.

“Beliau bukan sahaja penjaring gol yang hebat malah gol jaringannya juga hebat. Jika sesiapa mahu melihat bagaimana untuk melakukan serangan bola sepak, lihat Sir Bobby Charlton.”

Pengurus England, Gareth Southgate, juga memberi penghormatan tulus kepada Charlton dengan berkata:

“Keistimewaan bertemunya beberapa kali membolehkan saya memahami kebanggaan dan emosi peribadinya ketika mewakili England.

“Dunia bola sepak akan bersatu hati dalam kesedihan kerana kehilangan legenda yang tidak boleh dipertikaikan.”

“Seorang legenda, gergasi yang meninggal dunia dengan pencapaian sangat besar bukan saja di England dan di peringkat sejagat. Apa yang beliau capai adalah luar biasa,” kata pengurus Red Devils, Erik ten Hag, selepas kemenangan pasukannya dalam Liga Perdana England (EPL) di Sheffield United pada Sabtu petang.

“Saya tidak pernah berpeluang bertemu dengannya tetapi saya mendengar di sebalik semua trofi dan permainannya yang cemerlang, beliau begitu merendah hati.

“Personaliti yang mengagumkan boleh dijadikan contoh untuk kita semua – sebagai pemain bola sepak dan juga dalam masyarakat dan seluruh dunia,” tambahnya.

Dalam pada itu, kapten United, Bruno Fernandes meletakkan kalungan bunga sebagai tanda ingatan kepada Charlton sebelum sepak bermula di Bramall Lane, sedang pemain dan peminat mengambil bahagian dalam acara tepukan selama seminit.

Malah, pemain United dahulu dan sekarang turut memberi penghormatan kepada Charlton, yang terselamat dalam nahas udara di Munich pada 1958 yang secara tragis meragut nyawa 23 orang, termasuk lapan rakan sepasukannya.

“Sir Bobby adalah sebab saya berpeluang bermain untuk Manchester United,” kata David Beckham, yang membuat penampilan sulung pasukan utamanya untuk kelab semasa berusia 17 tahun selepas mengikuti kursus di sekolah bola sepak Charlton.

“Saya terhutang budi segala-galanya kepada Sir Bobby.”

Penjaring gol Manchester United, Rooney, berkata: “Saya masih terkejut.”

“Beliau adalah seorang tokoh ikonik di seluruh dunia,” kata bos Middlesbrough, Michael Carrick.

Bekas penjaga gol Manchester United, Alex Stepney menulis di wadah X: “Kehilangan besar untuk permainan bola sepak dan pemain.”

Kelab Red Devils berkata: “Sir Bobby adalah wira kepada jutaan orang, bukan sahaja di Manchester atau Britain, bahkan di mana-mana bola sepak dimainkan di seluruh dunia.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >